Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kerajaan Bakal Henti Subsidi Kepada Golongan Kaya Termasuk Dalam Pendidikan – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan bayangan kerajaan bakal henti subsidi kepada golongan kaya, termasuklah dalam pendidikan.

Memetik laporan The Star, Anwar berkata Kerajaan mahu memastikan subsidi akan diberikan kepada yang benar-benar memerlukan.

Kerajaan bakal henti subsidi golongan kaya?

Henti Subsidi Golongan Kaya

Foto: The Star

“Kerajaan akan memastikan peruntukan diagihkan dengan wajar dan ketirisan dapat dihapuskan. Kerajaan juga ingin menghentikan subsidi yang dinikmati oleh anak-anak dari keluarga kaya yang menghadiri sekolah-sekolah menengah sains.
“Perkara ini saya hanya berikan hebahan awal sebelum umum belanjawan bulan depan. Kita mesti benar-benar adil kepada mereka yang memerlukan, terutamanya golongan rentan contohnya kanak-kanak dengan autisme,” katanya.

Artikel lain: Jadi Pelajar Termuda Di UM, KPT Doakan Kecemerlangan Izz Imil

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa pelancaran Simposium Kebangsaan 2024: Menoktah Kemiskinan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pada Isnin.

Dalam pada itu, Anwar yang juga merupakan Menteri Kewangan berkata walaupun langkah itu tidak popular, namun ia perlu dilakukan untuk membantu negara.

Henti Subsidi Golongan Kaya

Beliau turut menegaskan kerajaan harus menghentikan pemberian subsidi kepada golongan ultrakaya dan warga asing, dan menggunakan wang itu untuk membantu rakyat serta mereka yang memerlukan.

“Warga asing tidak membayar cukai dan apa yang mereka perolehi akan dihantar pulang ke negara asal mereka. Tetapi kita masih memberi mereka subsidi, termasuk subsidi elektrik selama bertahun-tahun.
“Jadi kita kena lihat isu itu secara menyeluruh. Bagaimana kita henda mendapat pendapatan dan pada masa yang sama bagaimana kita mengagihkannya,” ujarnya.

Sekadar info, Bajet 2025 yang ketiga di bawah Kerajaan Perpaduan akan dibentangkan di Parlimen pada 18 Oktober ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: The Star (Rahimy Rahim)

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pemuda tampil memohon maaf selepas didakwa memperlekeh guru, dengan mengatakan dirinya belum pernah melihat profesion tersebut menggunakan kereta mewah Lamborghini meskipun sering menekankan...

Lokal

Ketika ini sedang berlangsung musim istiadat konvokesyen di seluruh negara, iaitu saat yang dinanti-nantikan oleh ribuan graduan selepas bertahun-tahun berhempas pulas menamatkan pengajian. Namun,...

Lokal

Seorang lelaki berusia 40 tahun, Mohamed Badruldin Mohamed, dijatuhi hukuman penjara 30 tahun dan 13 sebatan oleh Mahkamah Tinggi pada Jumaat selepas mengaku bersalah...

Sosial

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang majikan berkongsi sikap baik pekerjanya yang tidak pernah berkira dalam menjalankan tugas. Menerusi perkongsian di Threads, seorang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd