Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kenaikan Tarif Air Di Kedah Tidak Bebankan Rakyat – Sanusi

Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata kenaikan kadar tarif air yang berkuat kuasa mulai 1 Ogos lepas tidak akan membebankan rakyat Kedah.

Kenaikan tarif air di Kedah

Beliau berkata kenaikan kadar tarif kepada 81 sen (0 meter padu dan hingga 20 meter padu) bagi kegunaan domestik adalah jauh lebih rendah berbanding negeri lain.

Muhammad Sanusi berkata kenaikan itu adalah langkah penting untuk memastikan kemampuan Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA) membayar hutang air kerajaan negeri.

tarif air

Foto: Harian Metro

“Kenaikan tarif ini bukan Kedah sahaja berlaku… yang mohon (kenaikan tarif air) ni semua mohon, 10 operator bekalan air minta dan semua dibenarkan,” katanya ketika sesi pertanyaan lisan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah di Alor Setar, pada Rabu.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Bau Wong a/l Bau Ek (PH-Sidam) yang ingin tahu keperluan tarif air di Kedah dinaikkan sedangkan SADA mencatat keuntungan.

Muhammad Sanusi, yang juga Pengerusi SADA, berkata syarikat itu perlu mencatatkan keuntungan bagi membolehkan ia membayar hutang berkaitan bekalan air.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Kerajaan Pulau Pinang Tangguh Pelaksanaan Tarif Air Baharu Hingga Julai 2026

Beliau berkata berdasarkan rekod SADA, syarikat itu mencatatkan keuntungan selepas cukai antara RM31,000 hingga RM23.1 juta antara 2010 hingga 2018 sebelum mencatatkan kerugian sebanyak RM36 juta pada 2019.

“Pada 2020, SADA kembali mencatatkan keuntungan sebanyak RM149,000 dan meningkat kepada RM29.5 juta pada tahun berikutnya, RM29.4 juta (2022), RM25.2 juta (2023), RM41.5 juta (2024) dan diunjurkan mencatatkan keuntungan sebanyak RM80 juta pada tahun ini,” katanya.
tarif air

Foto: Bernama

Muhammad Sanusi juga berkata kuasa eksekutif berkaitan bekalan air bersih terletak di bawah Kerajaan Persekutuan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sebagaimana diperuntuk di bawah Seksyen 3 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006.

“SPAN keluarkan lesen, semua pelan perniagaan operator air dikawal oleh SPAN, kalau SPAN mendapati pelan perniagaan, bil caj dan pendapatan tidak mampu untuk tampung bayaran hutang maka SPAN boleh ambil alih dengan kuasa eksekutif tadi, “ katanya.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Industri pelancongan tampil mempertahankan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Tiong King Sing susulan isu alkohol dalam satu majlis anjuran Tourism Malaysia baru-baru...

Lokal

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menegaskan bahawa penjawat awam tidak dibenarkan sama sekali menyertai mana-mana majlis atau aktiviti yang melibatkan minuman keras,...

Sukan

Jawatankuasa Disiplin Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) melalui keputusan rasmi bertarikh FDD-24394 mendedahkan hasil siasatan terhadap dokumen kelahiran beberapa pemain yang dikemukakan oleh Persatuan Bolasepak...

Sosial

Pempengaruh dan juga aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) Haroqs atau nama sebenarnya, Muhammad Hareez Adzrami menyatakan rasa terharu kerana ramai ambil berat keatas dirinya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd