Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Kelantan Serius Mahu Bangkit, KDN FC Mula Langkah Baharu – Annuar Musa

Kelantan Serius Mahu Bangkit

Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa menyambut baik penstrukturan semula Kelantan Darulnaim FC (KDN FC) yang kini memulakan langkah baharu di bawah pengurusan baharu.

Menurut beliau, pengambilalihan saham majoriti oleh Syarikat Kijang Handal Sdn Bhd memberi sinar baharu kepada kelab berkenaan untuk terus beraksi dan menyelesaikan isu tunggakan terdahulu.

“Ini bermakna KDN FC diberi nafas baharu dan dengan itu ada harapan untuk menyelesaikan tunggakan lama bila pasukan masih dapat terus beraksi,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Kelantan Serius Mahu Bangkit

Annuar menyeru agar semua pihak bersabar dan terus memberi kerjasama demi kebangkitan semula pasukan yang kini berada di landasan baharu.

Beliau juga mengingatkan bahawa laluan untuk kembali bersaing bukan mudah, dan tidak semua pasukan sanggup menanggung cabaran tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Laluan untuk bangkit semula bukanlah mudah. Ada pasukan yang memilih untuk tutup kedai, tapi KDN memilih untuk terus melawan,” katanya.

Dalam masa sama, beliau menyarankan agar KDN FC berani membuat pelaburan membina pasukan yang lebih kompetitif memandangkan kekurangan pemain tempatan berkaliber tinggi.

Artikel lain: Liga Super: Harimau Selatan Baham The Red Warriors 9-0

“Dua atau tiga pemain kebangsaan dari negara ASEAN dan sekurang-kurangnya dua pemain Asia perlu diikat segera memandangkan KDN ketiadaan pemain lokal yang benar-benar berkaliber tinggi,” katanya.

Annuar turut menjangkakan sekurang-kurangnya 10 pemain import akan membarisi skuad utama KDN FC bagi musim 2025 dengan bimbingan jurulatih yang berpengalaman.

“Dengan jurulatih yang berpengalaman, Stadium Sultan Muhammad IV bakal bergegar kembali,” katanya.

Beliau dalam masa sama memberi bayangan bahawa wajah baharu pasukan The True Warriors akan diperkenalkan dalam tempoh terdekat.

“Insya Allah, sehari dua lagi kita bakal melihat wajah baharu KDN FC,” katanya.

Sumber: FB Annuar Musa

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Hasrat sepasang suami isteri untuk menyambut kelahiran anak sulung bertukar duka apabila bayi yang dikandung meninggal dunia selepas dilahirkan dalam keadaan songsang di kediaman...

Sosial

Seorang pemuda tampil memohon maaf selepas didakwa memperlekeh guru, dengan mengatakan dirinya belum pernah melihat profesion tersebut menggunakan kereta mewah Lamborghini meskipun sering menekankan...

Sosial

Anak kepada pelakon Fazren Rafi menjadi perhatian warganet apabila gelagatnya berjaya meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan mata pelajaran sains. Menerusi perkongsian di Threads, Fazren...

Sukan

Pasukan bola sepak negara melonjak dua anak tangga dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) apabila menduduki tempat ke-116 dunia, berdasarkan kemas kini terbaharu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd