Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KDN & KSM Akan Pendekkan Tempoh Permohonan Bawa Masuk Pekerja Asing

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) memaklumkan yang pihak mereka akan memendekkan tempoh permohonan membawa pekerja asing masuk ke dalam Malaysia daripada 29 bulan kepada 15 bulan 23 hari.

Pekara tersebut disampaikan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam satu sidang media petang tadi.

Pengurangan tempoh sebanyak 46 peratus

Menurut beliau, sebanyak 46 peratus pengurangan tempoh berkenaan dibuat sejajar dengan komitmen kerajaan dalam usaha mengurangkan kos membawa masuk pekerja asing ke dalam negara.

“Sebelum ini, proses ini memakan masa 29 bulan 13 hari. Dari permohonan kuota hingga kemasukan.
“Tapi hari ini keputusan mesyuarat kita bersetuju dengan syor bahawa tempoh itu kita akan pendekkan kepada 15 bulan 23 hari.
“Bayaran levi, tempoh lama 30 hari, tapi bila kita teliti data majikan, bila dia dapat kelulusan, hampir 70 peratus majikan bayar dalam tempoh 15 hari.
“Kenapa kita perlu 30 hari? Jadi kita pendekkan tempoh kepada 15 hari,” ujarnya.

https://www.facebook.com/kementeriandalamnegeri/videos/384822280722910/

Advertisement. Scroll to continue reading.

Langkah kerajaan kurangkan kos bawa masuk pekerja asing

Selain dari Saifuddin, Menteri Sumber Manusia, Steven Sim turut hadir bersama Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu; Menteri Kesihatan, Datuk Dr Dzulkefly Ahmad dan Menteri Kerja Raya, Datuk Alexander Nanta Linggi dalam sidang media yang berlangsung di Ibu Pejabat KDN, Kompleks Setia, Kuala Lumpur.

Ujar Menteri KDN lagi, langkah terbabit merupakan salah satu komitmen kerajaan dalam mengurangkan kerenah birokrasi ketika ini.

“Komitmen Kerajaan Madani untuk mengurangkan kos membawa masuk pekerja asing, 
“Kerajaan juga mahu mempercepatkan proses permohonan di semua peringkat, 
“Apabila pekerja asing sudah berada di dalam negara, kebajikan mereka (keselamatan, gaji, tempat tinggal) adalah keutamaan dan tanggungjawab kerajaan kita,” katanya.

Status kuota pengambilan pekerja asing masih kekal

Dalam pada itu, Saifuddin memaklumkan yang kabinet belum membuat sebarang ketetapan baharu berhubung perkara tersebut dan status kuota masih kekal.

Malaysia juga akan meneliti semula butiran MoU yang ditandatangani dengan 15 negara sumber berkaitan pengurusan pekerja asing.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Status quo masih kekal (kuota pengambilan pekerja asing). Bila nak buka kita tak tahu lagi,” katanya.

https://www.facebook.com/kementeriandalamnegeri/posts/pfbid0xLsANFgwegg8a7xVXP1WB2aGyGdrvmauWUgqS9BQYuNVJ3SdjLzhkQGTBEP8HTgpl

Terdahulu, beliau telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Mengenai Pengurusan Pekerja Asing kali ke-10 bertempat di Ibu Pejabat KDN.

Isu-isu berkaitan pengurusan pekerja asing melalui pelbagai sektor pekerjaan untuk diselaraskan merupakan isu utama dalam mesyuarat yang berlangsung.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Malaysia Airlines mengesahkan dua penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Timur Tengah terpaksa berpatah balik dan dilencongkan susulan peningkatan risiko ruang udara. Syarikat penerbangan itu...

Dunia

Penutupan ruang udara di beberapa bahagian Asia Barat dijangka menjejaskan sebahagian perkhidmatan penerbangan antarabangsa, termasuk kemungkinan kelewatan, perubahan jadual, lencongan laluan dan pembatalan penerbangan....

Lokal

Jabatan Mufti Perak menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi awal mengenai penetapan tarikh 1 Syawal 1447 Hijrah. Ia susulan kekeliruan berhubung kemungkinan...

Dunia

Pasukan pendudukan Israel pada Sabtu dilaporkan menghalang jemaah daripada menunaikan solat Isyak dan tarawih di pekarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis yang diduduki, lapor Agensi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd