Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

KD Pendekar: Penyelam Ranjau Meninggal Dunia, TLDM Tubuh Lembaga Siasatan Khas

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengesahkan seorang Penyelam Ranjau meninggal dunia ketika melakukan selaman dalam operasi salvaj Kapal Diraja (KD) Pendekar di perairan Tanjung Pengelih, Johor Bharu semalam.

Menurut Markas Tentera Laut, mangsa merupakan Laskar Kelas (LK) I PLM Arman San Hermansa, 28, dari Markas Selam dan Peperangan Periuk Api (MSPPA) dilaporkan meninggal dunia ketika melakukan selaman.

Foto: FB TLDM

“Lembaga Siasatan Khas telah ditubuhkan bagi mengenalpasti punca kejadian.
“Jenazah Allahyarham kini berada di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru untuk bedah siasat dan akan dibawa ke Kampung Sapagaya, Lahad Datu, Sabah untuk pengebumian,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Markas Tentera Laut berkata, TLDM akan memastikan segala bentuk bantuan dan sokongan disalurkan kepada keluarga Allahyarham dalam menghadapi dugaan ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“TLDM menzahirkan rasa simpati dan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham. Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan para syuhada dan golongan yang beriman,” ujarnya.

Foto: FB TLDM

Sebelum ini, KD Pendekar telah tenggelam di perairan Tanjung Penyusop selepas mengalami kebocoran dipercayai akibat terlanggar objek bawah air pada petang Ahad lalu.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dan usaha pantas komuniti maritim berjaya menyelamatkan kesemua 39 kru KD Pendekar sebelum kapal itu tenggelam sepenuhnya.

Sumber: Facebook TLDM

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kadang kita lupa, kata-kata kecil boleh meninggalkan kesan besar. Semalam, satu isu tular di media sosial membabitkan seorang ‘live host’ Tiktok yang bekerja dengan...

Lokal

Kisah tular membabitkan Safiudeen Pakkeer Mohamed, (lelaki yang disiram depan bank) akhirnya menemui titik penyelesaian apabila lelaki berusia 39 tahun itu bakal pulang ke...

Sosial

Tindakan usahawan popular, Jofliam berkongsi aksi membiarkan dua orang anaknya iaitu Han dan Yuki menghasilkan contengan lukisan pada kotak piza milik pelanggan mencetuskan kemarahan...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd