Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Kapten Bola Sepak Pernah Terperangkap Dalam Gua Dilapor Meninggal Di UK

Kapten pasukan bola sepak yang pernah terperangkap di dalam sebuah gua di Thailand pada 2018, Duangpetch Promthep dilaporkan meninggal dunia di United Kingdom.

Tidak sedarkan diri dalam asrama

Memetik laporan dari Astro Awani merujuk kepada berita tempatan, Duangpetch telah ditemui dalam keadaan tidak sedar diri di dormitori asrama pada Ahad sebelum dibawa ke hospital.

Difahamkan, bekas kapten pasukan Wild Boars Thailand itu telah berada di UK sejak enam bulan lalu selepas mendapat biasiswa untuk menuntut di Akademi Bola Sepak Kolej Brooke House, Leicestershire.

Kematiannya dimaklumkan oleh ibu

Kematian remaja itu hanya diketahui umum selepas ibunya berkongsi tentang perkara berkenaan di media sosial.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walau bagaimanapun, setakat ini belum ada kenyataan tentang punca sebenar kemantian Duangpetch Promthep.

Pernah tular terperangkap di dalam gua

Untuk rekod, pada Julai 2018, Duangpetch bersama 11 rakannya sepasukan serta jurulatihnya telah terperangkap di dalam gua Tham Luang di Chiang Rai, utara Thailand selama 18 hari sebelum diselamatkan.

Kejadian tersebut telah menggemparkan dunia oleh kerana misi menyelamatkan mereka begitu sukar. Namun, kesemua mangsa berusia 11 hingga 16 dan jurulatih berusia 25 tahun berjaya diselamatkan.

Malangnya, seramai dua orang penyelam yang terlibat dalam misi tersebut meninggal dunia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Astro Awani (Luqman Hariz)

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

“Dia sorang je berani gigit inspektor.” Itu antara komen netizen terhadap satu video yang dimuat naik oleh wanita dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ di aplikasi...

Sosial

Seorang wanita yang mengaku sedang dalam pantang selepas bersalin menerima kecaman ramai apabila didakwa makan dan minum di siang hari pada bulan Ramadan. Menerusi...

Lokal

Perbicaraan kes perebutan harta pusaka bernilai lebih RM1.6 bilion membabitkan cucu kepada pengasas Kumpulan Genting, Lim Goh Tong, berlangsung dalam suasana tegang di mahkamah...

Sosial

Sepasang lelaki dan wanita bukan suami isteri ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dalam satu serbuan di sebuah bilik sewa di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd