Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kantoi Berparti Dalam Balai, Empat Anggota Polis Ditukar Serta-Merta Ke Negeri Lain

Selepas kantoi berparti dalam balai, seorang pegawai berpangkat Inspektor dan tiga anggota dari sebuah balai polis di Shah Alam dipindah keluar serta-merta dari Selangor ke Johor dan Kelantan.

Empat anggota ini dipercayai terbabit dalam penyalahgunaan premis kerajaan dengan menganjurkan ‘parti persendirian’ pada awal pagi 28 September lalu.

Foto: China Press

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kesemua anggota itu dipindahkan serta-merta susulan tindakan seorang anggota berpangkat Koperal membawa masuk empat orang awam termasuk tiga wanita dalam pejabat mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Dalam insiden ‘so called’ parti itu, kita jumpa anggota berpangkat Koperal membawa masuk orang awam termasuk tiga wanita ke pejabat mereka dengan adanya muzik serta sedikit makanan”.
“Ini jelas bertentangan dengan prosedur operasi standard (SOP), iaitu mana-mana orang awam tidak boleh dibawa ke premis pejabat tanpa ada urusan rasmi”.
“Itu adalah tindakan dalaman yang mana kesemua mereka diambil tindakan keluar terus dari Selangor”. (Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor).

Foto: China Press

“Bukan saja dia (Koperal), tiga lagi anggota yang sepatutnya menjadi penyelia dia, iaitu seorang berpangkat Sarjan, Sarjan Mejar dan Inspektor turut ditukar keluar daripada Selangor kerana tindakan menyalahguna premis kerajaan,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di IPK Selangor di sini, hari ini.

Hussein menjelaskan tindakan dilakukan mengikut Peraturan 3C Pegawai Awam (Tata Kelakuan dan Disiplin) 1993.

Dalam pada itu, Hussein menegaskan tangkapan tiga anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang tidak membabitkan ketua balai sebaliknya ketiga-tiga individu adalah anggota berpangkat rendah.

“Ketiga-tiga anggota ini juga ditukar ke bahagian pengurusan serta-merta dan akan diambil tuduhan di bawah jenayah dan tatatertib,” ujarnya.

Sumber: Harian Metro Norzamira Che Noh

Advertisement. Scroll to continue reading.

Avatar
Written By Leslywan Gemmy

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pelakon filem dewasa, Kae Asakura berkongsi pengalaman tidak menyenangkan sewaktu melawat Kuala Lumpur apabila diganggu dan disentuh individu tidak dikenali pada 28 September lalu....

Dunia

Seorang gadis yang juga pelancong berasal dari Rusia maut dalam satu kejadian tragis dipercayai ketika melancong di Tbilisi, Georgia pada Jumaat lalu. Foto: TheSun...

Lokal

Ramai individu yang gagal membuat permohonan menyertai program peralihan khas untuk mendapatkan lesen B penuh kerana tidak menepati syarat-syarat ditetapkan. Foto: Utusan Malaysia Menurut...

Politik

Ahli politik veteran, Lim Kit Siang meramal bahawa Anwar Ibrahim berpotensi menjadi antara Perdana Menteri yang paling lama berkhidmat. Kenyataan tersebut dibuat semasa beliau...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd