Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Suka Sama Suka: Kanak-Kanak Perempuan Bawah 16 Tahun Tetap Mangsa – SUHAKAM

Pejabat Pesuruhjaya Kanak-kanak (OCC), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menegaskan bahawa kanak-kanak perempuan berusia bawah 16 tahun tidak mempunyai kapasiti undang-undang untuk memberikan persetujuan terhadap sebarang bentuk hubungan seksual.

Kanak-kanak perempuan masih belum matang

Menurut laporan Malaysia Gazette, OCC berkata, peruntukan di bawah Seksyen 375(g) Kanun Keseksaan digubal khusus bagi melindungi golongan itu walaupun wujud situasi yang kelihatan berlaku atas dasar suka sama suka.

kanak-kanak perempuan

“Kanak-kanak perempuan masih belum matang dari sudut fizikal, mental dan emosi. Mereka mudah terdedah kepada pujukan, manipulasi dan eksploitasi.
Justeru, undang-undang perlu melindungi mereka daripada menjadi mangsa trauma berganda serta mengelakkan mereka dipersalahkan atau dihukum,” katanya.

Penegasan itu dibuat susulan cadangan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat pada Ahad lalu agar kanak-kanak perempuan yang terbabit dalam hubungan seks suka sama suka turut dikenakan tindakan undang-undang.

Artikel lain: Kanak-kanak 11 Tahun Jadi Punca Kehamilan Sepupu -Polis Kelantan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Yusoff berkata, hampir 90 peratus kes rogol bawah umur di negeri itu berlaku dengan kerelaan kedua-dua pihak, bukan kerana paksaan.

Mengulas hal tersebut, OCC menjelaskan bahawa undang-undang hanya memperuntukkan hukuman terhadap pihak lelaki yang melakukan perbuatan berkenaan, sama ada individu dewasa atau kanak-kanak lelaki di bawah umur 18 tahun.

“Bagi pelaku kanak-kanak lelaki, mereka boleh didakwa tetapi tertakluk kepada prinsip khas keadilan kanak-kanak.
Di bawah Seksyen 91 Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611], mahkamah boleh memerintahkan penempatan di institusi khas seperti Sekolah Tunas Bakti atau Sekolah Henry Gurney,” ujarnya.

Tambah kenyataan itu, pendekatan tersebut menyeimbangkan prinsip akauntabiliti dengan peluang pemulihan, agar kanak-kanak lelaki yang bersalah tidak dihukum seperti pesalah dewasa, namun tetap bertanggungjawab terhadap perbuatan mereka.

kanak-kanak perempuan

Foto: THE Sun

“OCC ingin menegaskan undang-undang rogol statutori bukan untuk menghukum mangsa perempuan, tetapi untuk memastikan mereka dilindungi daripada eksploitasi dan diskriminasi.
Undang-undang ini mencerminkan komitmen Malaysia terhadap kepentingan terbaik kanak-kanak seperti yang digariskan dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak 1989 (CRC) dan Akta 611,” jelasnya.

OCC turut menyeru semua pihak termasuk penguat kuasa, pendidik dan masyarakat supaya memahami serta mempertahankan prinsip ini.

“Melindungi kanak-kanak adalah tanggungjawab bersama. Setiap kanak-kanak berhak menikmati perlindungan penuh daripada eksploitasi dan peluang untuk membesar dengan selamat serta sihat,” tegasnya.

Sumber: Malaysia Gazette (Nizam Zain)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Hati seorang pengantin perempuan benar-benar luluh apabila lelaki yang sepatutnya menjadi teman sehidup semati tiba-tiba menghilangkan diri pada hari mereka dijadualkan melafazkan akad nikah,...

Sosial

Isteri kepada seorang lelaki yang hilang selepas dipercayai terjatuh ke laut dari Kilometer 2.8 Jambatan Pulau Pinang merayu orang ramai menghentikan komen negatif serta...

Nasional

Kekuatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bukan hanya bergantung kepada tahap kesiagaan dan profesionalisme anggotanya, malah sokongan ahli keluarga dan jaringan hubungan erat dengan komuniti...

Sosial

Terdahulu tular sebuah video podcast di mana seorang individu bernama DMA Islam menyatakan bahawa tugas wanita selepas berkahwin hanyalah membuka ruang untuk suami dan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd