Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

“Kami Tunggu 10 Tahun Timang Anak Perempuan, Kini Dia Pula Tiada” -Isteri Anggota FRU

“Kami tunggu 10 tahun untuk dapat anak perempuan… tapi kini dia sudah tiada.”

Itu luahan sayu Norazian Mohd Joned, 38, isteri kepada Koperal Amiruddin Zabri, salah seorang daripada sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terkorban dalam nahas tragis di Jalan Chikus–Sungai Lampam, hari ini.

Tunggu 10 tahun, kegembiraan tak lama rupanya

Memetik laporan dari Harian Metro, Norazian menyatakan mereka sebelum ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Amirul Firdaus, 12, dan Amirul Asyraf, 11, sebelum kelahiran anak perempuan sulung mereka, Amira Sofea, yang kini baru berusia setahun.

“Dia terlalu gembira bila dapat anak perempuan. Kami sudah lama tunggu saat itu… tapi tak sangka kegembiraan itu tak lama,” katanya sebak ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Teluk Intan.

Tunggu 10 Tahun

Tunggu 10 tahun timang anak perempuan, lepas punyai 2 anak lelaki

Norazian yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar berkata, kali terakhir dia bertemu suaminya adalah tengah hari semalam sebelum arwah bertolak ke Teluk Intan bagi tugasan luar sempena sambutan perayaan.

“Dia macam biasa, siapkan barang untuk ke lokasi. Dia kata dah biasa kerja luar dan minta saya jangan risau. Tak sangka kejadian ini berlaku,” ujarnya.

Terkejut dapat berita, keliru lepas diberitahu

Tambahnya lagi, arwah mula berkhidmat dalam pasukan polis sejak 2011 dan pernah berkhidmat di beberapa negeri termasuk Johor sebelum ditempatkan di lokasi terkini.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya dapat tahu pasal kemalangan tu daripada rakan sekerja. Dia kata ada kemalangan babitkan Unit 5 dari Sungai Senam. Bila telefon suami, dia tak jawab. Saya hubungi rakannya, tetapi dia cuma minta saya tenang dan sabar.”
“Masa tu saya masih keliru… betul ke? Sebab laporan awal cuma sebut enam orang maut,” katanya yang kini hanya mampu reda dengan ketentuan Ilahi.

Artikel lain: Nahas FRU: Stereng Lori Pasir Disyaki Rosak Punca Kejadian- Polis

Suasana pilu menyelubungi pekarangan hospital apabila ahli keluarga mangsa hadir untuk pengecaman dan pengurusan jenazah. Tragedi ini nyata meninggalkan luka mendalam buat mereka yang kehilangan insan tersayang ketika menjalankan amanah kepada negara.

Sumber: Harian Metro (Zahratulhayat Mat Arif)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Keluarga Allahyarham Syakirah Hanan Mazli, 25, reda dan berlapang dada menerima permohonan maaf daripada keluarga pemandu kereta Honda Jazz yang terbabit dalam kemalangan ngeri...

Sosial

Usahawan dan personaliti YouTube terkenal, Uncle Roger berkongsi pendapat peribadi dengan menggambarkan perasaan teruja untuk mencuba makanan di sebuah restoran baharu, tetapi berakhir dengan...

Lokal

Pemandu kereta Honda Jazz yang terlibat dalam kemalangan di Lampu Isyarat Jalan Kemajuan, Kuala Terengganu semalam disahkan mempunyai rekod rawatan psikiatri dan menghidap Major...

Sosial

Bapa kepada Allahyarhamah Nurul Athira Auni mengundang sebak warganet apabila luahan dan doa yang dipanjatkan ketika menziarahi pusara anak perempuannya tular di media sosial....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd