Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Jangan Beri Patung Buat Graduan, Jatuh Dosa Besar – Pendakwah

Pendakwah bebas, PU Salman memberi sedikit teguran kepada orang ramai agar tidak menormalisasikan tindakan memberi anak patung sebagai hadiah bagi meraikan graduan pada majlis konvokesyen.

Jangan beri graduan anak patung

anak patung buat graduan

PU Salman atau nama lengkapnya Salman Maskuri menjelaskan anak patung tidak sesuai untuk diberikan sebagai hadiah buat orang dewasa tidak seperti kanak-kanak.

@pusalman

Jangan normalisasikan bagi hadiah ini kpd dewasa @Jawahir Travel & Tours ( JTT ) #dosa #hadiah #fyppppppppppppppppppppppp

♬ bunyi asal – PU Salman – PU Salman

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya selalu tengok bila konvokesyen ramai yang beri hadiah anak patung dekat graduan sedangkan ini merupakan dosa besar.
“Patung, teddy bear, patung kecil, patung besar, patung berkepak, ada kepala, ada badan. Hukumnya sepakat ulama kata haram, tak ada khilaf, paling dashyat azab pada hari kiamat orang yang buat patung,” kata PU Salman, semalam.

Dalam  pada itu, dia turut menerangkan terdapat khilaf dari hukum memberi gambar namun tiada khilaf pada anak patung dan Allah begitu melaknat orang-orang yang menghasilkan patung.

Katanya lanjut, anak patung haram jika disimpan namun ia terkecuali sekiranya ingin diberikan kepada kanak-kanak.

“Simpan sahaja pun haram kecuali untuk kanak-kanak, kerana Saidatina Aisyah bermain dengan anak-anak patung. Yang dah dewasa, yang dah besar ni haram menerima hadiah patung. Memberi hadiah patung tak boleh, untuk budak-budak sahaja diharuskan.
“Jadi jangan normalisasikan bagi hadiah patung kepada orang-orang yang graduasi ni,” kongsinya.

Sementara itu, PU Salman turut mengingatkan sekiranya ada patung dirumah malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah membawa rahmat dan ketenangan.

“Bagi hadiah bunga atau coklat tak apa, jangan bagi hadiah patung kepada orang dewasa. Tak boleh, kita beli pun dah tak sah.
“Sesungguhnya bila Allah SWT haramkan sesuatu, maka Allah SWT haramkan jual beli serta saman duitnya,” tambahnya lagi.

Artikel lanjut: Pemuda Terlantar Akibat Kemalangan, Sahabat Sarungkan Jubah Konvokesyen Di Hospital

Advertisement. Scroll to continue reading.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 300,000 tontonan dan menerima lebih 12,000 tanda suka.

Sumber: TikTok pusalman

Written By Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kisah seorang pemuda, Amirrul Mukminin bin Mohd Zain yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang ke Kelantan dari tempat kerjanya,...

Spotlight

Nama pelakon Indonesia, Jefri Nichol menjadi bualan hangat di media sosial selepas satu perkongsian memaparkan dirinya berpelukan mesra dengan seorang wanita yang didakwa sebagai...

Lokal

Keluarga Allahyarham Syakirah Hanan Mazli, 25, reda dan berlapang dada menerima permohonan maaf daripada keluarga pemandu kereta Honda Jazz yang terbabit dalam kemalangan ngeri...

Lokal

Seorang wanita tempatan yang sebelum ini dilaporkan hilang selepas melawat suaminya di Hospital Shah Alam kelmarin telah ditemui dalam keadaan selamat. Menurut laporan BH...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd