Syarikat gergasi kenderaan elektrik (EV) antarabangsa dari Amerika Syarikat (AS), Tesla panggil semula 2 juta kenderaan susulan isu keselamatan.
Menurut laporan Astro Awani, tindakan tersebut diambil untuk memasang perlindungan baharu bagi sistem kawalan pandu auto (autopilot) setiap kenderaan yang terlibat.
Difahamkan, pemasangan itu dilakukan berikutan kebimbangan daripada Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA) tentang kemungkinan penyalahgunaan keselamatan.
Tesla panggil semula 2 juta kenderaan
Artikel lain: Malaysia Catat Jualan Kenderaan Elektrik Kukuh, Momentum Positif Dijangka Berterusan
Mana tidaknya, sepanjang dua tahun NHTSA menyiasat Tesla, pihaknya mempersoalkan sama ada sistem itu dapat memastikan penglibatan pemandu secukupnya.
Sementara itu, Tesla mengakui potensi kemalangan berkemungkinan akan berlaku kepada pengguna susulan kawalan ‘autopilot’ semasa mungkin tidak mencukupi untuk mencegah penyalahgunaan pemandu.
Bagi mencegah risiko tersebut, Tesla bersedia untuk menggunakan perisian ‘over-the-air’ untuk “menggabungkan kawalan dan amaran tambahan” dalam kenderaan yang terjejas.
Perisian itu dikatakan akan mengukuhkan ciri ‘autosteer’, yang dinikmati pemandunya ketika ini. Pun begitu, sehingga kini Tesla tidak mengulas sama ada penarikan semula itu akan dilakukan di luar AS.
Sumber: Astro Awani