Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Ibu Zara Qairina Buat Laporan Polis, Dakwa Terlihat Kesan Lebam Ketika Mandikan Jenazah

Ibu kepada Allahyarham Zara Qairina Mahathir hari ini tampil membuat laporan polis baharu selepas mendakwa teringat semula terdapat kesan lebam di belakang badan anaknya ketika memandikan jenazah pelajar Tingkatan Satu itu pada 17 Julai lalu di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu.

Zara Qairina

Ibu Zara Qairina buat laporan selepas teringat lebam

Memetik laporan daripada Buletin TV3,  peguam yang mewakilinya, Hamid Ismail dan Shahlan Jufri menyatakan Noraidah Lamat, 45, membuat laporan di Balai Polis Sipitang selepas menyedari maklumat penting itu tidak dimasukkan dalam laporan sebelum ini kerana terlupa akibat terlalu sedih dengan pemergian anaknya.

“Anak guam kami tidak memasukkan fakta penting ini dalam laporan-laporan polisnya sebelum ini kerana dia terlupa sepenuhnya mengenainya.
“Beliau hanya teringat semula tentang kesan-kesan lebam ini apabila kami menyoal beliau tengah hari kelmarin, berkenaan keadaan tubuh anaknya semasa dimandikan olehnya,” ujarnya.

Ibu Zara Qairina percaya kesan lebam ada sebelum kejadian

Peguam turut memaklumkan bahawa anak guam mereka percaya kesan lebam itu berpunca daripada pukulan menggunakan objek tumpul sebelum Zara ditemui di bahagian bawah bangunan asrama sekolahnya pada subuh 16 Julai lalu.

Mereka juga menggesa agar siasatan dibuka semula dan menyarankan agar kubur arwah digali semula untuk menjalankan bedah siasat kedua.

“Kubur Zara Qairina perlu digali semula dengan kadar segera dan satu bedah siasat dibuat terhadap tubuhnya untuk menentukan punca sebenar kematian, sama ada wujud elemen-elemen jenayah yang menyebabkan kematian itu,” katanya.

Terdapat beberapa pelajar didakwa ganggu mangsa

Dalam pada itu, peguam turut merujuk laporan polis terdahulu yang dibuat Noraidah pada 30 Julai lalu, berhubung rakaman perbualan telefon antara beliau dan anaknya sebelum kejadian.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Dalam perbualan itu, Zara Qairina memaklumkan terdapat pelajar-pelajar senior yang sering mengganggu dan/atau membulinya sehingga ada yang mengugutnya dengan berkata ‘kalau aku touch-touch kau ni, berdarah kau ni’,” jelas peguam.

Artikel lain: Kes Zara Qairina: Tiada Plot Twist, Tuduhan Terhadap Ibu Mangsa Adalah Fitnah – Peguam

Tambah mereka, maklumat ini mungkin ada kaitan dengan laporan terbaru dan berpotensi menjadi bukti penting dalam siasatan.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution memaklumkan siasatan polis telah selesai dan akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara minggu hadapan. Namun, perkembangan terbaru ini membuka kemungkinan baharu dalam kes tragik yang menyayat hati itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang gadis tidak dapat menahan sebak selepas gagal ke peringkat seterusnya dalam uji bakat pencarian Dewi Remaja 2025 yang berlangsung di sebuah hotel di...

Lokal

Bekas Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar, Datin Rosnih Nasir menafikan sekeras-kerasnya sebarang dakwaan yang mengaitkan beliau dengan insiden tragik...

Lokal

Tindakan biadab Ketua Bersatu Port Dickson, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard yang menyebat patung menyerupai Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya mengundang padah...

Lokal

Seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun ditahan polis selepas dipercayai menumbuk dan ugut guru dalam kejadian di dalam sebuah sekolah menengah di Taman Kajang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd