Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Ibu Bapa T20 Perlu Henti Tipu Pendapatan, Ilmu Anak Di MRSM Tak Berkat

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Asyraf Wajdi Dusuki mahu ibu bapa perlu henti tipu jumlah pendapatan mereka hanya kerana mahu anak diterima memasuki Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Menerusi satu perkongsian di Facebook, terdapat segilintir ibu bapa yang menipu pendapat mereka kerana mahu dikategorikan B40 untuk mendapatkan manfaat pendidikan itu.

https://www.facebook.com/drasyrafwajdidusuki/posts/pfbid0ySr9u2DT8ddWeYy51iscJXvdtKWDs76hnCZB6f9twed6rXkzjfyQdrgqCsAxtpNLl

“Usahlah menipu pendapatan hanya untuk dikategorikan B40 supaya anak diterima MRSM,” katanya.

Selain itu, beliau juga berkata tindakan itu akan memberikan kesan kepada anak mereka sendiri kerana belajar dalam situasi yang tidak berkat.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kesian kepada anak-anak yang belajar dalam keadaan tiada berkat akibat mengambil hak orang miskin yang lain,” ujarnya.
Dalam pada itu, beliau menjelaskan lagi maksud perkongsian beliau dengan menafikan bahawa golongan T20 langsung tidak mempunyai tempat di MRSM.
“Ada juga salah faham status saya. Saya tidak mengatakan bahawa T20 tiada tempat langsung di MRSM.
“Dasar MRSM masih mengiktiraf dan menerima pelajar-pelajar cemerlang dalam Ujian UKKM dari kalangan T20 tetapi dihadkan tidak lebih 40 peratus bersama kategori M40,” jelasnya.

Ibu bapa T20 perlu henti tipu pendapatan,

Foto: Harian Metro

Tambahnya, mengikut dasar MRSM sekurang-kurangnya 60% pelajar daripada golongan B40 masih dikekalkan bahkan beliau mahu meningkatkannya kepada 70%.

Artikel lain: Padah Kuasa Tular! KPDN Sabah Terjah Restoran Jual Sotong Manis RM50 Seekor

“Dasar sekurang-kurangnya 60% B40 masih dikekalkan bahkan saya bertekad tahun hadapan lebih 70% dikalangan kategori keluarga yang susah dan berpendaptan rendah luar bandar,” ujarnya.

Sementara itu, beliau juga berkata kewujudan integrasi pelajar dalam kalangan golongan sederhana, miskin dan T20 juga penting di sekolah.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Adalah penting untuk integrasi pelajar wujud dikalangan mereka latar belakang golongan sederhana, miskin dan T20.

Foto: Utusan Malaysia

“Malah realitinya, keluarga t20 jugalah yang banyak membantu dan mensubsidikan aktiviti Muafakat (PIBG) dan program-program tambahan bagi pembangunan pelajar di MRSM.
“Yang penting mereka ini layak dan tidak menipu status pendapatan terutamanya yang tiada slip gaji dan bekerja sendiri,” katanya.

Sumber: Facebook Datuk Asyraf Wajdi Dusuki

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang wanita Rusia berkongsikan mengenai ‘duit hantaran’ yang biasa ditetapkan oleh keluarga wanita kepada bakal pengantin lelaki melalui satu video yang menjadi sorotan di...

Lokal

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) hari ini menegaskan kesetiaan pekerja tidak boleh dibeli dengan wang, sebaliknya mampu jika seimbang dengan kesejahteraan mental. CEO...

Sukan

Kelab pasukan bola sepak, Selangor FC sedang meneliti dan mengkaji semua tindakan selanjutnya yang akan diambil ekoran daripada denda RM100,000 serta potongan tiga mata...

Sukan

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar, Datuk Rizam Ismail mengumumkan akan menyumbangkan separuh daripada gajinya pada bulan depan untuk membantu Selangor FC...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd