Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Ibu Bapa Golongan T20 Pilih MRSM, Hantar Anak Untuk Belajar Erti Kesusahan

Golongan ibu bapa berpendapatan tinggi (T20) memilih dan sanggup menghantar anak mereka masuk ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) meskipun mampu pergi ke sekolah swasta.

T20 pilih MRSM sebab nak anak belajar erti susah

Presiden Anak Sains Mara (Ansara) Malaysia, Mohd Fadzil Yusof berkata, institusi pendidikan tersebut dipilih oleh golongan ibu bapa T20 untuk mengajar anak mereka tentang kesukaran hidup.

Jelas Mohd Fadzil ketika dalam Wacana Sinar edisi 426 bertajuk ‘MRSM untuk B40 sahaja?’ pada Selasa, MRSM dilihat sebagai tempat sesuai bagi anak mereka untuk bergaul dengan pelajar lain daripada pelbagai latar belakang.

Ini ditambah pula kos untuk menghantar anak ke sekolah swasta menelan belanja beribu ringgit.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Di sekolah swasta, kos pembelajaran sampai RM3,000 sebulan.

“Kalau mereka (ibu bapa T20) mampu untuk hantar anak ke sekolah swasta, kenapa mahu berebut masukan ke MRSM?

“Saya tertanya-tanya kenapa golongan (T20) itu nak hantar anak-anak ke MRSM, dan jawapan yang diterima mengejutkan saya iaitu nak ajar anak untuk hidup susah,”ujarnya.

T20 MRSM

Kredit Foto: Sinar Harian/ Mohd Halim Abdul Wahid

Terdahulu, kecoh di media sosial di mana orang ramai mengkritik golongan kaya yang menghantar anak ke sekolah berasrama penuh.

Mereka juga mendakwa ibu bapa golongan T20 ini telah mengambil hak anak-anak orang miskin yang mahu mengubah hidup mereka.

Artikel lain: Ibu Bapa T20 Perlu Henti Tipu Pendapatan, Ilmu Anak Di MRSM Tak Berkat

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Asyraf Wajdi Dusuki mahu ibu bapa perlu henti tipu jumlah pendapatan mereka hanya kerana mahu anak diterima memasuki Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Pun begitu, kerajaan mengekalkan dasar pengambilan pelajar ke MRSM iaitu perlu lulus Ujian Kemasukan Ke MRSM (UKKM) sebelum dipertimbangkan ke insititusi pendidikan tersebut.

Tegas Asyraf Wajdi, pihaknya tidak berkompromi dengan sebarang rayuan atau ‘amalan kabel’ untuk menempatkan pelajar yang gagal ujian berkenaan bagi menjamin kualiti produk MRSM.

“Saya ada menteri yang mengawal selia (MRSM) iaitu Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi).
“Beliau selalu berpesan kepada saya agar sentiasa berpegang kepada prinsip, jangan menurunkan kualiti MRSM dan patuh kepada dasar asas iaitu mesti lulus UKKM.
“Kalau nak bantu sekali pun, bantulah mereka yang berpendapatan rendah (B40),”katanya.

Sumber: Sinar Harian (Qurratul& Aina Quddus) (Diana Azis)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Nama peguam keluarga Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, Hamid Ismail mula jadi perhatian umum sejak kebelakangan ini. Bukan sahaja kerana peranan besarnya dalam kes sensasi...

Sosial

Baru-baru ini, sebuah pejabat kerajaan di Putrajaya dikecohkan dengan kejadian gangguan entiti seram yang tular di media sosial. Rakaman video dan gambar yang dikongsi...

Lokal

“Dia memang seorang adik yang baik. Walaupun bongsu daripada 15 beradik, dia sanggup bekerja siang malam demi menyara keluarga.” Itu luahan abang kepada Zulazren...

Sosial

Seorang bayi perempuan yang baru berusia 10 hari diberi nama sama seperti pelajar Tingkatan Szatu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang meninggal dunia pada 17...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd