Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

GSC Tutup Pawagam Di Berjaya Times Square, Tayangan Terakhir 26 November Ini!

Pawagam GSC

Golden Screen Cinemas (GSC) mengumumkan operasi pawagam di Berjaya Times Square akan ditutup pada 27 November ini.

GSC yang juga penyedia pawagam terbesar di Malaysia berkata, tayangan terakhir di GSC Berjaya Times Square adalah pada 26 November 2023.

“Harap maklum, GSC Berjaya Times Square akan menjalankan tayangan terakhir pada 26 November 2023 dan hentikan operasi pada 27 November 2023.
“Ia merupakan satu perjalanan luar biasa sejak kami mula mengalu-alukan anda pada 27 Januari 2005. Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tulus atas sokongan yang tidak berbelah bahagi selama 17 tahun ini,”katanya dalam kenyataan, semalam.

GSC

GSC berkata, pelanggan pawagamnya di Berjaya Times Square masih boleh menonton filem di lokasi pawagam berdekatan di GSC LaLaport BBCC.

pawagam GSC

Artikel lain: Filem MagiK Selami Kisah Remaja Pekak, Dekati Golongan Masalah Pendengaran

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, ia dibuka semula pada 21 Oktober 2021 iaitu selepas beberapa bulan tamat operasi.

Sumber: X GSCinemas

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

“Dia sorang je berani gigit inspektor.” Itu antara komen netizen terhadap satu video yang dimuat naik oleh wanita dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ di aplikasi...

Sosial

Seorang wanita yang mengaku sedang dalam pantang selepas bersalin menerima kecaman ramai apabila didakwa makan dan minum di siang hari pada bulan Ramadan. Menerusi...

Lokal

Perbicaraan kes perebutan harta pusaka bernilai lebih RM1.6 bilion membabitkan cucu kepada pengasas Kumpulan Genting, Lim Goh Tong, berlangsung dalam suasana tegang di mahkamah...

Sosial

Sepasang lelaki dan wanita bukan suami isteri ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dalam satu serbuan di sebuah bilik sewa di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd