Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Fikir Keselamatan Diri, Elon Musk Tolak Pelawaan Pejuang Palestin Melawat Gaza

Pemilik media sosial X, Elon Musk menolak pelawaan pejuang Palestin, Hamas untuk melawat Semenanjung Gaza bagi melihat sendiri kemusnahan yang berlaku akibat serangan kejam tentera Israel.

Musk ketika disoal salah seorang pengguna berkata, buat masa ini keadaan tidak mengizinkan beliau untuk pergi ke Gaza kerana situasi masih lagi berbahaya.

“Ia (situasi) kelihatan agak berbahaya pada ketika ini. Namun, saya percaya bahawa Gaza yang makmur bagi jangla panjang adalah baik untuk semua pihak,”balasnya.

Elon Musk Gaza

Sebelum ini, pegawai kanan Hamas Osama Hamdan mempelawa Musk melawat Gaza selepas Ketua Pegawai Eksekutif Tesla itu membuat lawatan kemanusiaan ke Kibbutz, Israel yang menjadi sasaran tentera Hamas sejak 7 Oktober lalu.

Malah, Musk juga dilihat bertemu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu selain bersetuju untuk menghapuskan Hamas selepas melihat kibbutz Kfar Azza yang musnah

Advertisement. Scroll to continue reading.

Elon Musk Gaza

Elon Musk Gaza

Artikel lain: Pejuang Palestin Cabar Elon Musk, Lawat Gaza Lihat Sendiri Kemusnahan Berlaku

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

“Dia sorang je berani gigit inspektor.” Itu antara komen netizen terhadap satu video yang dimuat naik oleh wanita dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ di aplikasi...

Sosial

Seorang wanita yang mengaku sedang dalam pantang selepas bersalin menerima kecaman ramai apabila didakwa makan dan minum di siang hari pada bulan Ramadan. Menerusi...

Lokal

Perbicaraan kes perebutan harta pusaka bernilai lebih RM1.6 bilion membabitkan cucu kepada pengasas Kumpulan Genting, Lim Goh Tong, berlangsung dalam suasana tegang di mahkamah...

Sosial

Sepasang lelaki dan wanita bukan suami isteri ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dalam satu serbuan di sebuah bilik sewa di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd