Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dua Penunggang Motosikal Maut, Dirempuh Pemandu Lori Terkena Serangan Jantung

Dua penunggang motosikal maut akibat dirempuh sebuah lori selepas pemandunya mengalami serangan jantung yang kemudian turut merempuh enam kenderaan lain dalam satu kemalangan di Jalan Bukit Dugang, Sepang pada Rabu.

Foto: Media Sosial

Menerusi satu laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang telah menerima maklumat mengenai insiden berkenaan pada jam 9.46 malam.

“Siasatan mendapati kemalangan kira-kira jam 9.10 malam itu melibatkan sebuah lori, empat kereta dan dua motosikal.
“Pemandu lori terbabit dari arah Putrajaya menghala ke Jenderam dipercayai mengalami serangan jantung di lokasi kemalangan mengakibatkan lori terbabit hilang kawalan ke laluan bertentangan sebelum merempuh enam kenderaan lain,” katanya.

Foto: Media Sosial

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau juga berkata, insiden terbabit mengakibatkan dua mangsa yang merupakan penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mangsa masing-masing berumur 53 dan 31 tahun itu maut di lokasi kejadian dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Zon Merah Unit Kecemasan Hospital Putrajaya.
“Seorang lagi mangsa iaitu pemandu lori terlibat mengalami kecederaan parah akibat kejadian dan sedang menerima rawatan di Zon Merah Hospital Putrajaya,” ujarnya.

Foto: Media Sosial

Wan Kamarul juga memaklumkan insiden berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Sinar Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pempengaruh media sosial, Aqil Zulkiflee, tampil menjelaskan hubungannya bersama isteri selepas video siaran langsung TikTok yang memaparkan beliau menyakat isterinya tular di media sosial....

Sosial

Pihak pengurusan Masjid At-Taqwa TTDI tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan dakwaan insiden layanan kasar terhadap jemaah yang tular baru-baru ini. Masjid At-Taqwa...

Sosial

Tindakan pempengaruh dan usahawan terkenal, Faiz Soul menjual donat seketul dengan harga RM10 kini mencetuskan perdebatan hangat di kalangan netizen. Donat kosong seperti didakwa...

Sosial

Seorang sami Hindu, Sai, bersama beberapa aktivis daripada pelbagai kaum telah menyertai gotong-royong bersihkan kuil haram yang dibina tanpa kebenaran di negara ini, menekankan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd