Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dituduh nak ‘claim’ insurans, pengarah urusan Jakel minta henti fitnah -“Tak masuk akal”

Kebakarang yang terjadi di cawangan gedung tekstil terkemuka negara, Jakel di Shah Alam dua hari lepas sememangnya mengejutkan ramai kerana cawangan berkenaan adalah yang kedua terbesar di Malaysia.

Namun, di sebalik khabar duka itu ada juga netizen yang memberi komen sinis mengatakan yang kebakaran terbabit dirancang bagi mendapatkan insurans.

Menerusi Utusan Malaysia, Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata, dakwaan tular dalam media sosial mengatakan kebakaran yang berlaku itu disengajakan sangat keterlaluan dan tidak masuk akal.

Polis ingatkan jangan sesuka hati tuduh

Dalam pada itu, ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim memaklumkan setakat ini polis belum menerima sebarang laporan berkaitan dakwaan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Biarpun laporan polis belum diterima berkaitan perkara tersebut, saya ingatkan kepada masyarakat jangan sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan yang mengguris hati pihak terlibat.
“Jangan bergembira atas kesedihan orang lain, atau membuat sebarang dakwaan yang tidak sahih sedangkan kita tidak tahu punca sebenar,” katanya.

Jakel boleh ambil tindakan

Pihak Jakel juga boleh mengambil tindakan undang-undang kepada mereka yang sengaja mencetuskan fitnah tersebut hingga mendatangkan komen negatif daripada orang ramai.

“Memang boleh kena tindakan undang-undang, jika laporan bomba sebaliknya, pihak pemilik boleh ambil tindakan sivil atau saman malu.
“Kes masih dalam siasatan pihak bomba dan setakat ini punca kejadian masih belum diketahui, saya mohon kepada masyarakat agar tidak mengeluarkan sebarang spekulasi atau andaian berkaitan perkara ini,” ujarnya.

Untuk rekod, Wisma Jakel yang bertempat di Shah Alam itu telah mengalami kebakaran dan dikatakan 80 peratus terbakar. Kerugian dianggarkan mencecah hampir RM100 juta apabila stok kain yang disimpan disetiap aras musnah.

Pagi tadi, bangunan berhampiran dengan Jakel sekali lagi terbakar dan pihak polis masih membuat siasatan berhubung hal tersebut.

Sumber: Utusan Malaysia (Mohamad Athir Ismail)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Hati seorang pengantin perempuan benar-benar luluh apabila lelaki yang sepatutnya menjadi teman sehidup semati tiba-tiba menghilangkan diri pada hari mereka dijadualkan melafazkan akad nikah,...

Sosial

Isteri kepada seorang lelaki yang hilang selepas dipercayai terjatuh ke laut dari Kilometer 2.8 Jambatan Pulau Pinang merayu orang ramai menghentikan komen negatif serta...

Nasional

Kekuatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bukan hanya bergantung kepada tahap kesiagaan dan profesionalisme anggotanya, malah sokongan ahli keluarga dan jaringan hubungan erat dengan komuniti...

Sosial

Terdahulu tular sebuah video podcast di mana seorang individu bernama DMA Islam menyatakan bahawa tugas wanita selepas berkahwin hanyalah membuka ruang untuk suami dan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd