Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Didakwa Buat Keputusan Tanpa Merujuk Jemaah Menteri, Mahathir Malu Tiga Bekas Menteri PH ‘Berbohong’

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan rasa malu kerana pernah mempunyai tiga bekas menteri yang ‘berbohong’ ketika dia menerajui kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 2018.

Memetik laporan Malaysiakini, Mahathir mendakwa tiga menteri kabinet itu tidak bercakap benar mengenai keputusan untuk menarik balik permohonan semakan dan tafsiran Pulau Batu Puteh.

Mahathir malu tiga bekas menteri PH ‘berbohong’

Foto: Berita Harian

“Entah macam mana minit (mesyuarat) kabinet bocor dan minit kabinet menunjuk bahawa dakwaan tiga menteri itu tidak benar, bohong.
“Saya berasa malu kerana orang ini duduk bawah saya dulu, semasa kabinet saya tetapi berbohong,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melepaskan Konvoi Misi Kemanusiaan Pascabanjir di Putrajaya pada Selasa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mahathir berkata demikian merujuk kepada kenyataan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

Ketiga-tiga individu in mendakwa Mahathir telah membuat keputusan mengenai batuan dipertikaikan itu tanpa merujuk pendapat jemaah-jemaah menteri.

Dalam pada itu, Mahathir turut berkata beliau yakin sudah melakukan segala-galanya dengan teratur berhubung keputusan untuk menarik balik rayuan itu.

Mahathir Malu Tiga Bekas Menteri PH 'Berbohong'

Foto: Berita Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Tetapi (mereka) masih mahu mengatakan bahawa saya membuat keputusan secara unilateral, bukan kabinet.
“Jika saya mahu membuat keputusan, saya tidak akan mengatakan bahawa itu adalah pendapat saya.
“Saya kata, kami sudah putuskan untuk tidak teruskan kes ini, boleh bagitahu kepada Singapura,” ujarnya.

Terdahulu, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi mengkaji pengendalian kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan mengesyorkan siasatan jenayah boleh dimulakan terhadap Mahathir.

Dalam laporan yang dinyahklasifikasikan di parlimen pada 5 Dis lalu, RCI menuduh Mahathir menipu kabinet pada tahun 2018 untuk menarik semula semakan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang menganugerahkan kedaulatan Batu Puteh kepada Singapura.

Dalam kenyataan bersama, Azizah, Mohamad Sabu dan Loke mengesahkan Mahathir membuat keputusan sendiri berhubung pengguguran rayuan negara dalam tuntutan Pulau Batu Puteh.

Mereka berkata Mahathir hanya memaklumkan kepada kabinet selepas keputusan tersebut dibuat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, menerusi minit kabinet yang diterima oleh Ketua Whip Perikatan Nasional, Datuk Seri Haji Takiyuddin Hassan mengesahkan ia adalah keputusan bersama kabinet ketika itu.

Sumber: Malaysiakini

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pemuda tampil memohon maaf selepas didakwa memperlekeh guru, dengan mengatakan dirinya belum pernah melihat profesion tersebut menggunakan kereta mewah Lamborghini meskipun sering menekankan...

Lokal

Ketika ini sedang berlangsung musim istiadat konvokesyen di seluruh negara, iaitu saat yang dinanti-nantikan oleh ribuan graduan selepas bertahun-tahun berhempas pulas menamatkan pengajian. Namun,...

Lokal

Seorang lelaki berusia 40 tahun, Mohamed Badruldin Mohamed, dijatuhi hukuman penjara 30 tahun dan 13 sebatan oleh Mahkamah Tinggi pada Jumaat selepas mengaku bersalah...

Lokal

Pemenang pingat emas Sukan Para ASEAN Anas Zul Amirul Sidi, terus menjadi perhatian apabila kisah rumah tangganya bersama bekas isteri, Suffi Sofea, terbongkar penuh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd