Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Dicipta di Jepun, Satelit Kayu Pertama Dunia Dihantar Ke Angkasa

Satelit kayu pertama dunia yang dibina oleh penyelidik Jepun dilancarkan ke angkasa lepas pada Selasa sebagai ujian awal menggunakan kayu dalam penerokaan bulan dan Marikh.

Memetik laporan Reuters, satelit kayu, LignoSat yang dibangunkan oleh Universiti Kyoto dan pembina rumah Sumitomo Forestry akan diterbangkan ke Stesen Angkasa Antarabangsaa dalam misi SpaceX dan kemudian dilepaskan ke orbit kira-kira 400 kilometer di atas Bumi.

Satelit kayu pertama dunia dihantar ke angkasa

Dinamakan bersempena dengan perkataan Latin untuk kayu, LignoSat mempunyai saiz sebesar tapak tangan dan ia ditugaskan untuk menunjukkan potensi kosmik untuk bahan boleh diperbaharui semasa manusia meneroka hidup di angkasa.

Salah seorang ahli pasukan projek ini yang juga merupakan Takao Doi berkata dengan bahan yang boleh dihasilkan semula seperti kayu, kemungkinan untuk membina rumah di angkasa boleh dicapai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Dengan kayu, bahan yang kita boleh hasilkan sendiri, kita boleh bina rumah, tinggal dan bekerja di angkasa selamanya,” kata Takao.

Dengan rancangan selama 50 tahun untuk menanam pokok dan membina rumah kayu di bulan dan Marikh, pasukan Takao memutuskan untuk membangunkan satelit kayu yang diperakui oleh NASA bagi membuktikan kayu adalah bahan yang sesuai digunakan di angkasa.

Menurut seorang profesor Sains Hutan dari Universiti Kyoto, Koji Murata, kayu sudah lama digunakan termasuklah dalam pembinaan pesawat.

“Pesawat pada awal tahun 1900-an dibuat daripada kayu. Sebuah satelit kayu juga sepatutnya dapat dilaksanakan,” ujar Koji.

Tambah Koji, kayu tahan lebih lama di angkasa berbanding di Bumi kerana tiada air atau oksigen yang boleh merosakkan atau membakarnya.

Dalam pada itu, Takao berkata satelit logam mungkin diharamkan di masa hadapan, susulan itu jika pasukannya dapat membuktikan satelit kayu pertama itu berfungsi, mereka mahu memperkenalkannya kepada SpaceX milik Elon Musk.

Advertisement. Scroll to continue reading.

LignoSat diperbuat daripada kayu honoki, sejenis pokok magnolia asal Jepun yang secara tradisionalnya digunakan untuk sarung pedang.

Setelah dilancarkan, LignoSat akan berada di orbit selama enam bulan dengan kompnen elektronik di dalamnya yang akan mengukur ketahanan kayu dalam persekitaran esktrim angkasa.

Sumber: Reuters

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Permulaan tahun 2026 dilihat kurang baik bagi usahawan terkenal, Ojen Aiwah apabila sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap jurulatih kecergasan, Tareq Fit susulan kenyataan yang...

Sosial

Personaliti media sosial, Tareq Fit, tampil mempertahankan dirinya selepas timbul dakwaan bahawa kenyataan serta kandungan dimuat naik olehnya menjejaskan nama baik sebuah perniagaan milik...

Lokal

Sekolah Kebangsaan (SK) Tebing Rebak di sini menyaksikan hanya seorang murid mendaftar bagi sesi Tahun 1 tahun 2026 semalam. Raissyah Aafiyah Rahmat, 7, memulakan...

Sosial

Isteri kepada pemilik sebuah stesen minyak di Kota Bharu, Kelantan meluahkan rasa pilu apabila terpaksa menutup operasi premis berkenaan susulan pemergian suaminya pada 7...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd