Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Datuk Seri Antara Enam Ditahan, RM97.69 Juta Aset Disita Susulan Skim Pelaburan MBI

Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri yang memiliki syarikat tersenarai di Bursa Malaysia antara enam individu ditahan polis susulan siasatan skim penipuan pelaburan membabitkan MBI International Group (MBI).

Menurut laporan Berita Harian, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, penahanan itu dibuat menerusi Op Northern Star hasil siasatan lanjut serta maklumat baharu yang diperoleh antara 26 Julai hingga 15 Ogos lalu.

datuk

Foto: BH

“Selain Datuk Seri terbabit, turut ditahan dua individu bergelar Datuk yang menjalankan perniagaan dalam sektor telekomunikasi, seorang pemaju hartanah yang juga mempunyai syarikat tersenarai di Bursa Malaysia, seorang akauntan kebun durian serta penjaga kebun,” katanya.

Artikel lain: Bawa Masuk Warga Asing, Dua Pegawai Imigresen Disyaki Terima Rasuah RM400,00

Menurut beliau, operasi itu turut menyaksikan penyitaan pelbagai aset bernilai RM97.69 juta termasuk 88 akaun bank bernilai RM10.53 juta, 398 juta unit saham bernilai kira-kira RM86.85 juta, wang tunai RM300,600, tujuh kenderaan mewah, lima jam tangan mewah, dua beg tangan berjenama, enam telefon bimbit dan dokumen berkaitan.

“Secara keseluruhan, jumlah aset yang dibekukan dan disita sejak Op Northern Star dilaksanakan pada Mac lalu kini mencecah RM6.64 bilion,” ujarnya.

Mohd Khalid berkata, sebuah syarikat pemaju hartanah turut disita dalam operasi terbaharu itu, menjadikan sembilan syarikat keseluruhan yang terbabit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lima daripadanya berasaskan hartanah, dua dalam sektor perladangan termasuk sawit, getah dan durian, manakala dua lagi berasaskan perhotelan.

Turut dirampas, sebuah kebun durian berkeluasan 7,981 hektar meliputi Balik Pulau, Pulau Pinang; Kulim, Kedah; serta Gua Musang, Kelantan.

datuk

Foto: Buletin TV3

Beliau menegaskan, Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) komited meneruskan siasatan menyeluruh dan tegas terhadap mana-mana pihak yang terbabit secara langsung atau tidak langsung dalam menyimpan, memindah, atau menggunakan wang hasil aktiviti haram.

Pada Mei lalu, AMLA turut menahan 17 individu termasuk usahawan bergelar ‘Tan Sri’ dan ‘Datuk Seri’ yang dipercayai menjadi proksi serta rakan kongsi utama skim pelaburan MBI, dengan jumlah aset ketika itu dibekukan bernilai RM3.81 bilion.

Sumber: Berita Harian (Safeek Affendy Razali)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Industri pelancongan tampil mempertahankan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Tiong King Sing susulan isu alkohol dalam satu majlis anjuran Tourism Malaysia baru-baru...

Lokal

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menegaskan bahawa penjawat awam tidak dibenarkan sama sekali menyertai mana-mana majlis atau aktiviti yang melibatkan minuman keras,...

Sukan

Jawatankuasa Disiplin Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) melalui keputusan rasmi bertarikh FDD-24394 mendedahkan hasil siasatan terhadap dokumen kelahiran beberapa pemain yang dikemukakan oleh Persatuan Bolasepak...

Sosial

Pempengaruh dan juga aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) Haroqs atau nama sebenarnya, Muhammad Hareez Adzrami menyatakan rasa terharu kerana ramai ambil berat keatas dirinya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd