Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

CEO Baharu DNB Akan Diumum Selepas Perjanjian Dimuktamad – Fahmi Fadzil

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil memaklumkan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Digital Nasional Bhd (DNB) yang baharu akan diumumkan selepas semua perkara melibatkan langganan saham dimuktamadkan.

Memetik laporan BERNAMA, Fahmi berkata, dua individu yang mempengerusikan bersama mesyuarat pasukan 5G akan meneliti aspek akhir sebelum pemeteraian tersebut dilaksanakan.

Individu  tersebut adalah Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmod Merican dan Ketua Setiausaha Komunikasi dan Digital Mohamad Fauzi Md Isa.

“Saya telah memaklumkan kepada semua CEO pengendali rangkaian mudah alih (MNO) tentang memuktamadkan pemeteraian perjanjian langganan saham dan diharapkan minggu depan jika semuanya berjalan lancar.
“Kami juga akan memaklumkan kepada media bila pemeteraian itu akan dilaksanakan selepas semua MNO yang mengambil bahagian dalam mesyuarat itu telah mengambil ekiuti mereka…
“…mungkin sama ada semasa atau selepas menandatangani (kami akan mengumumkan CEO), mudah-mudahan,” katanya.

https://www.facebook.com/Fahmi.Fadzil.1/posts/pfbid02898aeu26nru3UxQNaE2oVMbbgzaBPxD3twTb2uvufjXtG1z64c9pdbY7jEjczKeGl

Advertisement. Scroll to continue reading.

Fahmi berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Malaysia Digital Expo (MDX 2023) di Petaling Jaya, Selangor hari ini.

Sebelum ini, kesemua syarikat telekomunikasi dilaporkan telah bersetuju menandatangani perjanjian akses untuk menyediakan perkhidmatan 5G namun soal pemilikan saham dalam DNB belum diumumkan.

Pada 21 Julai lalu, Fahmi memberitahu CelcomDigi, Maxis, Telekom Malaysia, U-Mobile dan YTL Communications akan memuktamadkan perbincangan mengenai pegangan ekuiti dalam DNB.

Ini akan terus memberi sokongan kepada pembangunan rangkaian 5G sehingga mencapai liputan 80% kawasan berpenduduk pada akhir tahun ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: BERNAMA, Facebook Fahmi Fadzil

Iffa Sabrina
Written By Iffa Sabrina

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Keluarga Allahyarham Syakirah Hanan Mazli, 25, reda dan berlapang dada menerima permohonan maaf daripada keluarga pemandu kereta Honda Jazz yang terbabit dalam kemalangan ngeri...

Sosial

Usahawan dan personaliti YouTube terkenal, Uncle Roger berkongsi pendapat peribadi dengan menggambarkan perasaan teruja untuk mencuba makanan di sebuah restoran baharu, tetapi berakhir dengan...

Sosial

Bapa kepada Allahyarhamah Nurul Athira Auni mengundang sebak warganet apabila luahan dan doa yang dipanjatkan ketika menziarahi pusara anak perempuannya tular di media sosial....

Lokal

Pemandu kereta Honda Jazz yang terlibat dalam kemalangan di Lampu Isyarat Jalan Kemajuan, Kuala Terengganu semalam disahkan mempunyai rekod rawatan psikiatri dan menghidap Major...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd