Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Cemburu Dipercayai Punca, KPM Siasat Kes Buli Pelajar Perempuan Dalam Tandas

Kementerian Pendidikan (KPM) sedang siasat kes buli pelajar perempuan di dalam tandas di sebuah sekolah menengah yang dipercayai di Kerian, Perak susulan video insiden tersebut tular di media sosial baru-baru ini.

Memetik laporan Bernama, Menteri KPM Fadhlina Sidek berkata selain kementeriannya, kes tersebut juga diserahkan kepada pihak berkuasa agar siasatan lanjut dibuat sebelum tindakan sewajarnya diambil.

KPM siasat kes buli pelajar perempuan dalam tandas

KPM Siasat Kes Buli Dalam Tandas

Foto: Utusan

“Kes tersebut memang menjadi keutamaan kita dan komitmen KPM adalah untuk benar-benar menangani kes buli.
“KPM komited untuk menangani gejala buli di sekolah menerusi penetapan peraturan, selain menambah baik garis panduan berkaitan, supaya kes seumpamanya dapat dikekang.
“Justeru di sini, saya mengingatkan khususnya ibu bapa, para guru, komuniti dan juga anak-anak supaya tidak terjebak dengan gejala buli,” katanya.

Artikel lain: Tiada Penjualan Saham Babit MAHB Kepada Syarikat Asing Seperti Didakwa – Anwar

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata demikian selepas melawat Pusat Media Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan (DUN) Sungai Bakap di Kompleks Rakan Muda di Jawi di Nibong tebal pada Selasa.

Baru-baru ini, tular satu video memaparkan seorang pelajar perempuan yang dipercayai berusia  13 tahun dibuli oleh dua pelajar perempuan berusia 15 tahun dari sekolah sama.

KPM Siasat Kes Buli Dalam Tandas

Foto: Sinar Harian

Menurut Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 14 Jun di sebuah sekolah menengah di daerah Kerian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Insiden tersebut dipercayai berpunca dari sikap cemburu dari salah seorang suspek terhadap mangsa selepas dikatakan rapat dengan teman lelakinya yang berusia 15 tahun dari sekolah sama.

Susulan itu, satu laporan polis telah dibuat mangsa pada Selasa dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pempengaruh media sosial, Aqil Zulkiflee, tampil menjelaskan hubungannya bersama isteri selepas video siaran langsung TikTok yang memaparkan beliau menyakat isterinya tular di media sosial....

Sosial

Pihak pengurusan Masjid At-Taqwa TTDI tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan dakwaan insiden layanan kasar terhadap jemaah yang tular baru-baru ini. Masjid At-Taqwa...

Lokal

Empat suspek yang ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam kes curi tabung di Masjid Kristal, Seksyen 7, Shah Alam mempunyai rekod jenayah dan dadah....

Sosial

Tindakan pempengaruh dan usahawan terkenal, Faiz Soul menjual donat seketul dengan harga RM10 kini mencetuskan perdebatan hangat di kalangan netizen. Donat kosong seperti didakwa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd