Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

CAFA Kesal Malaysia Tarik Diri Saat Akhir, Tegaskan Tak Pernah Ubah Tarikh

Persatuan Bola Sepak Asia Tengah (CAFA) menyuarakan rasa kesal terhadap keputusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang menarik diri daripada Kejohanan Piala Negara-Negara CAFA 2025, hanya beberapa minggu sebelum kejohanan dijadual berlangsung.

Dalam satu kenyataan rasmi yang dimuat naik di laman Facebook CAFA, badan induk itu menyatakan bahawa penarikan diri Malaysia dilakukan pada saat akhir, sekali gus menjejaskan proses penganjuran yang kini berada di fasa perancangan dan persiapan akhir.

“Penyertaan Malaysia telah disahkan lebih awal dengan pengetahuan penuh mengenai tarikh kejohanan yang telah ditetapkan dari 29 Ogos hingga 8 September 2025. Tarikh itu tidak pernah diubah sejak awal,” katanya.
CAFA

Foto: FB @CAFA

FAM sebelum ini mengumumkan keputusan menarik diri dibuat selepas mendapati jadual kejohanan tidak selari sepenuhnya dengan kalendar perlawanan antarabangsa FIFA, yang menyukarkan proses pelepasan pemain dari kelab masing-masing.

FAM turut menyatakan bahawa faktor ini memberi kesan besar terhadap logistik, ketersediaan pemain, serta tahap kesiapsiagaan pasukan kebangsaan secara menyeluruh.

Artikel lain: CAFA 2025: Harimau Malaya Umum Tarik Diri, Lepas Peluang Uji Kehebatan Iran

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, CAFA menafikan bahawa terdapat sebarang perubahan tarikh kejohanan dan menegaskan bahawa peraturan pertandingan sebenarnya menyediakan ruang fleksibiliti yang luas buat pasukan.

“Menurut peraturan kejohanan, pendaftaran akhir pemain yang dipilih daripada senarai awal 35 pemain boleh dilakukan secara perlawanan demi perlawanan. Ini memberi peluang kepada pasukan untuk menyesuaikan senarai pemain mengikut situasi, termasuk membawa masuk tonggak utama bagi perlawanan-perlawanan berikutnya,” ujarnya.

CAFA turut menyatakan komitmen mereka untuk meneruskan penganjuran kejohanan yang kompetitif dan berkualiti tinggi, bukan sahaja untuk penyokong bola sepak di Asia Tengah tetapi juga kepada peminat di seluruh dunia.

CAFA

Foto: Malaysia Gazette

“Kami berterima kasih kepada semua negara yang terus memberikan sokongan dan kerjasama dalam menjayakan kejohanan ini,” tambahnya.

CAFA Nations Cup merupakan kejohanan jemputan yang menghimpunkan pasukan-pasukan dari rantau Asia Tengah dan luar bagi meningkatkan daya saing bola sepak serantau.

Ketiadaan Malaysia dalam edisi 2025 pastinya mengubah sedikit landskap pertandingan yang dirancang.

Sumber: Facebook @Central Asian Football Association

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pelajar perempuan yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditemui meninggal dunia di kediaman keluarganya di Jelebu, Seremban kelmarin. Calon SPM ditemui...

Lokal

Kes tikam yang berlaku di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama pagi tadi mengejutkan banyak pihak apabila seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun maut...

Lokal

Polis menahan seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun selepas disyaki menikam rakan sekolahnya, seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun, dalam kejadian di sebuah sekolah...

Lokal

Keluarga pempengaruh media sosial, Ahmad Radzli Che Ngah atau lebih dikenali sebagai Rambo Castello, merayu agar pihak kerajaan dan Kedutaan Malaysia di Indonesia dapat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd