Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

CAFA 2025: Harimau Malaya Umum Tarik Diri, Lepas Peluang Uji Kehebatan Iran

Tarik diri CAFA 2025

Harimau Malaya terpaksa membatalkan niat bagi menguji kehebatan pasukan gergasi Asia seperti Iran dan Tajikistan setelah mengumunkan menarik diri daripada kejohanan Piala Negara-Negara Persatuan Bolasepak Asia Tengah (CAFA) 2025.

Harimau Malaya tarik diri CAFA 2025

Harimau malaya Tarik diri CAFA 2025

Foto: Malaysia NT

Memetik laporan Harian Metro, pengumuman itu disahkan sendiri oleh jurulatih skuad kebangsaan, Peter Cklamovski yang memaklumkan keputusan itu bukan sesuatu yang mudah namun terpaksa diputuskan setelah mengambil kira faktor logistik dan jadual yang di luar kalendar rasmi Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Difahamkan, Piala CAFA 2025 yang dijadual berlangsung pada 26 Ogos hingga 9 September itu sebelum ini dijangkakan menjadi medan terbaik buat Harimau Malaya mempersiapkan diri menjelang Piala Asia dan Kelayakan Piala Dunia.

Walau bagaimanapun, Malaysia telah diundi dalam kumpulan bersama Iran yang kini berada di ranking ke-2 Asia serta Tajikistan di ranking ke-106 dunia, menyukarkan perancangan apabila dua aksi awal berlangsung di luar jendela FIFA.

“Satu perkembangan yang mengecewakan apabila kita sebagai pasukan kebangsaan membuat keputusan menarik diri daripada Piala CAFA 2025. Kami sememangnya bercita-cita tinggi untuk bersaing pada kejohanan itu.
“Kami mencari kemungkinan untuk beraksi pada kalendar FIFA seperti yang dicadangkan tetapi ini bermakna operasi logistik akan menjadi bertambah sukar terutamanya selepas undian sudah dijalankan,” kata Peter di Kuala Lumpur, semalam.

Selain itu, ketiadaan tarikh rasmi FIFA juga merupakan faktor penarikan ini dibuat kerana ramai pemain utama tidak dapat dilepaskan oleh kelab masing-masing terutama yang beraksi di luar negara seperti di Sepanyol, Colombia dan Argentina.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Tarik diri CAFA 2025

Foto: Malay Mail

“Ini senario yang sukar kepada pemain untuk ke sana (Tajikistan) dan bersedia menjalani persiapan. Saya tidak mahu berkompromi dengan pemain,” jelasnya.

Sehubungan itu, Peter menjelaskan beliau tidak mahu menyertai sebarang kejohanan hanya untuk mencukupkan kuota sahaja sebaliknya menyertai sesuatu perlawanan dengan kekuata penuh demi mengharumkan nama baik negara.

“Saya juga mahu ke sana dengan kekuatan penuh kerana kami ke sana untuk memenangi Piala CAFA 2025. Kita perlu menghormati pasukan kerana kita ada pemain yang beraksi di Sepanyol, Colombia dan juga Argentina,” katanya.

Jurulatih berusia 45 tahun menegaskan, sekiranya pasukan tidak dapat menampilkan pemain terbaik, adalah lebih baik jikalau skuad kebangsaan memberikan fokus kepada jendela FIFA yang lebih ideal dari aspek logistik dan persiapan keseluruhan.

“Jadi sukar untuk kita mendapatkan pemain ini. Saya fikir ini satu keputusan yang wajar untuk menarik diri,” tambahnya lagi.

Artikel lain: Harimau Malaya Berjaya Sertai CAFA, Bakal Berdepan Pasukan Layak Ke Piala Dunia

Difahamkan, Harimau Malaya dijadualkan untuk menggunakan jendela antarabangsa September nanti bagi aksi persahabatan bertaraf A sebelum aksi kelayakan Piala Dunia bersambung pada Oktober dan November.

Sumber: Harian Metro (Syazwan Msar)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kadang kita lupa, kata-kata kecil boleh meninggalkan kesan besar. Semalam, satu isu tular di media sosial membabitkan seorang ‘live host’ Tiktok yang bekerja dengan...

Lokal

Kisah tular membabitkan Safiudeen Pakkeer Mohamed, (lelaki yang disiram depan bank) akhirnya menemui titik penyelesaian apabila lelaki berusia 39 tahun itu bakal pulang ke...

Sosial

Tindakan personaliti media sosial, Prince Syed tampil menjelaskan detik cemas dilalui yang menunjukkan aksi aneh sehingga menjilat lantai kediamannya dalam satu siaran langsung di...

Sosial

Kadangkala, perkara yang kecil boleh menimbulkan isu besar jika tidak ditangani dengan wajar. Begitulah yang berlaku kepada pasangan suami isteri, Anita dan Alvin, apabila...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd