Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

“Bukan Mudah Hantar Tentera Malaysia Ke Palestin” – Anwar Ibrahim

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan menghantar tentera Malaysia ke Palestin bagi membantu menentang Israel bukanlah satu perkara yang mudah.

Menurut laporan Berita Harian, keputusan tersebut bukan satu perkara mudah kerana banyak perspektif yang perlu diambil kira termasuklah persetujuan dengan negara-negara jiran Palestin.

Tentera Malaysia ke Palestin

Artikel lain: Warga Asing Buat Ancaman Di Midvalley Southkey JB, Minta Henti Sokong Palestin

“Pimpinan tentera minta saya sampaikan, adalah tidak adil untuk mana-mana kalangan dalam penyampaian mesej dan tazkirah mereka untuk singgung hal ini.
“Ini bukan keputusan kita boleh hantar dengan mudah. Jika mahu hantar tentera, termasuk pasukan pendamai atau keamanan atau koridor kemanusiaan, ia mesti disepakati negara jiran. Jika tidak, pesawat kita tidak boleh mendarat.
“Jadi saya minta supaya ada kefahaman, jangan kelirukan rakyat,” katanya ketika menyampaikan penerangan di Dewan Rakyat, hari ini.

Malaysia Sumbang RM1 Juta

Ujarnya lagi, rakyat Malaysia perlu bersepakat serta bersatu hati dalam membantu Palestin demi melepaskan penduduk tersebut daripada terus dizalimi zionis.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kita memutuskan apa saja yang perlu untuk menyelamatkan rakyat Palestin daripada terus dizalimi dan menjadi mangsa kekejaman Israel,” katanya lagi.

Sumber: Sinar Harian (Raiham Mohd Sanusi)

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pempengaruh media sosial, Aqil Zulkiflee, tampil menjelaskan hubungannya bersama isteri selepas video siaran langsung TikTok yang memaparkan beliau menyakat isterinya tular di media sosial....

Sosial

Pihak pengurusan Masjid At-Taqwa TTDI tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan dakwaan insiden layanan kasar terhadap jemaah yang tular baru-baru ini. Masjid At-Taqwa...

Sosial

Tindakan pempengaruh dan usahawan terkenal, Faiz Soul menjual donat seketul dengan harga RM10 kini mencetuskan perdebatan hangat di kalangan netizen. Donat kosong seperti didakwa...

Sosial

Seorang sami Hindu, Sai, bersama beberapa aktivis daripada pelbagai kaum telah menyertai gotong-royong bersihkan kuil haram yang dibina tanpa kebenaran di negara ini, menekankan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd