Seorang budak lelaki tumpang tidur di dobi memandangkan tiada tempat tinggal selepas ibunya meninggal dunia manakala bapa pula ditahan di penjara.
Perkara itu dinyatakan seorang remaja lelaki yang ditemui oleh pengguna TikTok dikenali sebagai M.Hafiq sewaktu mengunjungi dobi untuk menyuci pakaian.
@mohammadhafiq7 Ya Allah kesian nya dengar cerita adik ni, mak dah meninggal ayah kat dalam penjara, cerita sambil air mata mengalir , seminggu sekali pergi dobi selalu nampak dia tidur situ cuma tak ada kesempatan untuk borak kali ni baru dapat borak, macam mana keadaan dia lalui tak ada sesiapa peduli termasuk ahli keluarga yang lain kesian sangat, dapat duit terus bangun keluar beli makan, kadang kadang kita rasa kita dah susah tapi ada yang lagi susah dari kita sampai tak ada tempat tinggal susah nak makan, nak bersedekah jangan tunggu kaya tapi bersedekah la rezeki kita akan bertambah, jadi la manusia yang bermanfaat untuk sesama insan🤲🏼
Budak lelaki tumpang tidur di dobi, tiada tempat tinggal
Dalam hantaran yang dibuat. M. Hafiz sempat bertanya kepada budak lelaki terbabit dan dia menjelaskan keadaan dirinya yang merupakan anak tunggal serta tidak mendapat perhatian daripada keluarga terdekat.
“Ya Allah, kesiannya dengar cerita adik ni. Mak sudah meninggal, ayah dekat dalam penjara. Cerita sambil air mata mengalir.
Seminggu sekali pergi dobi selalu nampak dia tidur situ, cuma tak ada kesempatan untuk borak. Kali ni baru dapat borak, macam mana keadaan dia lalui tak ada sesiapa peduli termasuk ahli keluarga yang lain kesian sangat,” ujarnya pengguna TikTok.
budak lelaki tumpang tidur di dobi, tiada siapa peduli
Menurut M. Hafiq lagi, dia telah memberikan sedikit duit kepada budak lelaki itu untuk membeli makanan kerana kasihan melihat situasinya yang sebatang kara.
Dia juga akui cukup tersentuh dengan situasi tersebut serta terus bermuhasabah diri apabila mengetahui ada yang insan yang lebih susah daripada diri sendiri.
“Dapat duit terus bangun keluar beli makan. kadang-kadang kita rasa kita sudah susah, tapi ada yang lagi susah dari kita sampai tak ada tempat tinggal susah nak makan,
“ak bersedekah jangan tunggu kaya tapi bersedekah la rezeki kita akan bertambah, jadi la manusia yang bermanfaat untuk sesama insan,” tulisnya lagi.
Artikel lain: Wanita Hiba Anak Lapan Tahun Derita Disihir – “Ingatan Dia Masih Hilang, Tiap Malam Menangis”
Laju dia cerita macam dah lama pendam
Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata bertanyakan tentang lokasi dobi yang dimaksudkan kerana ingin memberi bantuan susulan hiba mendengar kisah budak lelaki terbabit.
Kesiannya dia, manalah ahli keluarga lain
Harap pihak berwajib segera beri bantuan
Sudah dibantu pihak berkuasa selepas video tular
Walau bagaimanapun, M. Hafiq telah memuat naik video terbaru dengan menjelaskan bahawa kisah budak itu sudah mendapat perhatian pihak berwajib dan dibantu agar dia tidak bergelandangan lagi tanpa ada tempat dituju.
@mohammadhafiq7 Saya ucapkan terima sangat sangat kepada semua yang dah share dan viralkan video adik tu sampai ke pihak berwajib(jkm) semoga kita semua dalam keadaan baik baik dan sentiasa dalam lindungan Allah swt, bersedekah lah jangan tunggu kaya kerna bersedekah la kita akan kaya🤲🏼
Sumber: TikTok mohammashafiq7
