Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Budak 10 Tahun Bergelar Tahfiz, Berjaya Khatam Al-Quran Dalam Tempoh Hampir Lima Bulan

Seorang kanak-kanak yang dikenali sebagai Ahmad Ziyad curi perhatian ramai apabila berjaya bergelar tahfiz seawal usia 10 tahun dalam tempoh lebih empat bulan di Akademi al-Quran Akmal, baru-baru ini.

Menerusi video yang tular di aplikasi TikTok memaparkan kanak-kanak itu bersalam dan memeluk kedua ibu bapanya selepas selesai melakukan tasmik bagi menguji tahap pencapaian dalam penguasaan bacaan dan hafalan al-Quran.

Budak 10 Tahun Bergelar Tahfiz

@akademiakmal

Replying to @aisyahmaro MashaAllah, hari yang ditunggu-tunggu telahpun tiba. Alhamdulillah hari ini, hafiz cilik berumur 10 tahun ini telah berjaya khatam 30 Juzuk Al-Quran. Setelah banyak bertarung dengan air mata dek kerana dia terlalu mudah untuk menangis. Tak capai target dia akan menangis, tersangkut hafalan, juga dia akan menangis. Dan hari ini, ayat yang dikeluarkan dari mulutnya: “Saya taknak dah datang esok” menjadi kenyataan. Tahniah buat ibu ayah serta murabbiah yang mendidik. #akmalspeedtahfizprogramme #tahfizsetahun #adikziyyad #hafizviral #hafizcilikviral #abeyad

♬ original sound – Akademi Al-Quran AKMAL – Akademi Al-Quran AKMAL

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut perkongsian itu, pihak akademik tersebut mendedahkan Ahmad Ziyad tersebut terpaksa mengharungi pelbagai cabaran  sebelum berjaya khatam 30 juzuk al-Quran.

“MashaAllah, hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Alhamdulillah hari ini, hafiz cilik berumur 10 tahun ini telah berjaya khatam 30 Juzuk Al-Quran.
“Setelah banyak bertarung dengan air mata dek kerana dia terlalu mudah untuk menangis. Tak capai target dia akan menangis, tersangkut hafalan, juga dia akan menangis.
“Dan hari ini, ayat yang dikeluarkan dari mulutnya: ‘Saya tak nak dah datang esok’ menjadi kenyataan. Tahniah buat ibu ayah serta murabbiah yang mendidik,” ujarnya.

Artikel lain: Kuasa Viral, Biskut Raya Air Tangan Penghuni Penjara Capai Jualan RM1 Juta

Budak 10 Tahun Bergelar Tahfiz

Budak 10 Tahun Bergelar Tahfiz

Tahniah Ahmad Ziyad!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan ucapan tahniah dan meluahkan rasa kagum melihat kebolehan yang dimiliki Ahmad Ziyad dalam menghafaz ayat-ayat suci al-Quran pada usia yang sangat muda.

Hebat didikan ibu bapa

Malah, ramai yang memuji ibu bapa kanak-kanak itu dalam memberi pendidikan agama sejak kecil serta menanamkan kecintaan terhadap Al-Quran dalam kehidupan seharian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kejayaan Ahmad Ziyad bukan sahaja membanggakan keluarga, malah menjadi inspirasi kepada masyarakat.

Untuk makluman, Ahmad Ziyad pernah tular di media sosial kerana menghafaz surah-surah sejak bayi lagi.

Sumber: TikTok @Akademi Al-Quran AKMAL

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pemuda tampil memohon maaf selepas didakwa memperlekeh guru, dengan mengatakan dirinya belum pernah melihat profesion tersebut menggunakan kereta mewah Lamborghini meskipun sering menekankan...

Lokal

Ketika ini sedang berlangsung musim istiadat konvokesyen di seluruh negara, iaitu saat yang dinanti-nantikan oleh ribuan graduan selepas bertahun-tahun berhempas pulas menamatkan pengajian. Namun,...

Lokal

Seorang lelaki berusia 40 tahun, Mohamed Badruldin Mohamed, dijatuhi hukuman penjara 30 tahun dan 13 sebatan oleh Mahkamah Tinggi pada Jumaat selepas mengaku bersalah...

Sosial

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang majikan berkongsi sikap baik pekerjanya yang tidak pernah berkira dalam menjalankan tugas. Menerusi perkongsian di Threads, seorang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd