Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Boleh Nikmati Tanpa Was-Was, CHAGEE Malaysia Kini Disahkan Halal Oleh JAKIM

Berita baik untuk penggemar teh sejati seluruh Malaysia! Jenama teh premium CHAGEE Malaysia sudah mempunyai sijil halal!

Baru-baru ini, CHAGEE Malaysia telah mengumumkan penerimaan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk lima cawangannya.

Menjelang akhir tahun ni, CHAGEE Malaysia menyasarkan 30 cawangan yang lain juga akan mendapat pengiktirafan halal daripada JAKIM.

CHAGEE Malaysia turut bercadang membuka cawangan ke-300 menjelang 2025, seiring dengan usaha memastikan semua cawangan mendapat sijil jalal.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut Timbalan Pengurus Besar CHAGEE Malaysia, Ng Jia Jun, dengan pengiktirafan halal ini, penggemar teh boleh menikmati minuman CHAGEE kegemaran mereka dengan penuh yakin dan tanpa was-was.

Ia sekali gus membuktikan komitmen CHAGEE untuk memenuhi piawaian halal disamping memastikan rangkaian tehnya mematuhi keperluan syariah pelanggan Islam.

“Kami bertekad bukan sahaja untuk menawarkan perisa teh yang unik tapi juga untuk memberikan ketenangan fikiran.
“Pensijilan Halal memberi kami dorongan padu, bukan saja untuk meluaskan rangkaian kami di Malaysia tapi untuk terus mempelopori inovasi minuman kamu untuk memenuhi keperluan pelbagai masyarakat di sini,” katanya dalam satu sidang media baru-baru ini.

Bagi meraikan penerimaan sijil halal serta pelanggan terhadap mercu jaya penting ini, CHAGEE membawakan kembali kempen popularnya, promosi “Big Big News, Big Big Tear & Win!” pada 7 Oktober ini.

Antara hadiah menarik dalam kempen ini ialah Beg Dior Saddle Pouch, Pemegang Kad Gucci, Gincu YSL dan banyak lagi. Jadi tunggu apa lagi? Layari www.chagee.com.my untuk maklumat lanjut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

“Dia sorang je berani gigit inspektor.” Itu antara komen netizen terhadap satu video yang dimuat naik oleh wanita dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ di aplikasi...

Sosial

Seorang wanita yang mengaku sedang dalam pantang selepas bersalin menerima kecaman ramai apabila didakwa makan dan minum di siang hari pada bulan Ramadan. Menerusi...

Lokal

Perbicaraan kes perebutan harta pusaka bernilai lebih RM1.6 bilion membabitkan cucu kepada pengasas Kumpulan Genting, Lim Goh Tong, berlangsung dalam suasana tegang di mahkamah...

Sosial

Sepasang lelaki dan wanita bukan suami isteri ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dalam satu serbuan di sebuah bilik sewa di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd