Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

“Bila Jalan Dengan Isteri, Nampak Wanita Lagi Cantik” – Suami Kongsi Kelemahan Lelaki

Nama Pak Mat Western bukan sahaja dikenali sebagai sebuah restoran, tetapi juga melalui pelbagai video pendek yang sering tular di media sosial.

Setiap kali konten mereka dimuat naik, pasti ada sesuatu yang mencuri perhatian kerana soalan-soalan ringkas yang diajukan kepada pelanggan mampu menghasilkan jawapan di luar jangkaan.

isteri

Terbaharu, sebuah video berdurasi 26 saat yang dimuat naik melalui akaun TikTok @jhogett memaparkan seorang staf Pak Mat Western menghampiri sepasang suami isteri lalu mengajukan soalan.

“Apakah kelemahan sebagai seorang lelaki?” soalnya.

Tanpa berfikir panjang, si suami menjawab kelemahannya adalah apabila terlihat wanita lain yang lebih cantik daripada isterinya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Bila jalan dengan isteri saya, tiba-tiba nampak orang lain lagi cantik dari isteri.” ujarnya bersahaja.

Rakaman itu menjadi perhatian kerana jawapan tersebut dilontarkan terus di hadapan isterinya sendiri. Situasi berkenaan mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang rata-rata berpendapat ia jawapan yang tidak wajar diucapkan, lebih-lebih lagi di depan pasangan.

Jatuh air muka wife

isteri

Malu dapat suami jenis macam ni

isteri

Jenis tak jaga hati

isteri

Namun, persoalan turut timbul sama ada adegan itu benar-benar berlaku secara spontan atau sebahagian daripada konten yang sudah disusun.

Artikel lain: Suami Hidap Penyakit Buah Pinggang Tahap 5 Berniaga Air Sambil Urus Isteri Hidap Strok

Ini kerana Pak Mat Western sememangnya dikenali sebagai jenama yang sering menggunakan video kreatif untuk tujuan promosi, khususnya bagi memperkenalkan menu popular mereka seperti meatball dan kambing perap.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pendekatan itu menjadi sebahagian daripada identiti Pak Mat Western yang menggabungkan elemen hiburan dengan promosi.

isteri

Rakaman ringkas, jawapan yang tidak disangka, serta reaksi pelanggan menjadikan setiap video mereka mudah mendapat perhatian dan secara tidak langsung memperkenalkan produk yang ditawarkan.

Sumber: TikTok @jhoghett

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pelanggan lelaki meluahkan rasa kecewa selepas staf di sebuah arked permainan mendakwa dia menghentam mesin ketika sedang bermain sejenis permainan perlumbaan kereta. Lelaki...

Sosial

Seorang individu yang juga pakar servis motor meraih perhatian ramai selepas berkongsi momen menyentuh hati ketika membantu ‘rider’ penghantar makanan yang berdepan masalah motor...

Lokal

Faktor ekonomi dan keluarga menjadi pendorong utama seramai 61,116 rakyat Malaysia melepaskan kewarganegaraan mereka dalam tempoh lima tahun lalu, dengan majoriti memilih untuk berpindah...

Sosial

Seorang wanita kantoi menyamar sebagai pramugari dengan menaiki pesawat Batik Air bagi penerbangan dari Palembang ke Jakarta baru-baru ini, lapor Radar Solo. Menyamar pramugari...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd