Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Beza Usia 10 Tahun, Luna Maya Jawab ‘Plan’ Kahwin Dengan Maxime Bouttier

Sejak kebelakangan ini, nama ppelakon popular Indonesia, Luna Maya telah menjadi bualan hangat netizen selepas khabar angin mengenai percintaannya bersama seorang jejaka muda bernama Maxime Bouttier, 30, sehingga berjaya menarik perhatian ramai.

Menurut laporan mStar, aktres yang berusia 40 tahun itu juga tidak pernah menafikan hubungan istimewa tersebut bersama Maxime.

View this post on Instagram

A post shared by Luna Maya (@lunamaya)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bukan itu sahaja, dia berharap agar orang ramai mendoakan agar urusannya dipermudahkan selalu untuk memasuki fasa yang seterusnya.

Pun begitu, Luna tidak dapat memberi penjelasan dengan lebih lanjut mengenai tarikh perkahwinan mereka memandangkan masih belum dapat memberi pengesahan perkara tersebut.

“Doakan sahaja. Terima kasih… saya tidak tahu bila akan bernikah,” katanya ringkas.

Gosip mengenai Luna menjalinkan hubungan bersama Maxime mula terhidu oleh peminat selepas dia menyambut ulang tahun lelaki itu, baru-baru ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, ramai yang berpendapat Luna tidak sesuai dengan Maxime memandangkan mereka mempunyai jarak usia yang jauh.

Sumber: mStar 

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

“Dia sorang je berani gigit inspektor.” Itu antara komen netizen terhadap satu video yang dimuat naik oleh wanita dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ di aplikasi...

Dunia

Trump Perkenal Duti Baharu 10 Peratus! Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Jumaat mengumumkan beliau akan mengenakan tarif baharu sebanyak 10 peratus ke...

Lokal

Pempengaruh media sosial dan juga guru selebriti, Cikgu Zack Kirana menjadi perhatian ramai apabila menegur kesalahan ejaan perkataan Ramadan yang sering dilakukan oleh kebanyakan...

Sukan

Bekas pemain Al Nassr, Shaye Sharahili, mendedahkan satu sisi luar biasa mengenai kapten pasukan itu, Cristiano Ronaldo, sepanjang beraksi di Arab Saudi yang nyata...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd