Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Beli Kad Pengenalan Palsu, Suami Isteri Kerja Sejak 10 Tahun Lalu Ditahan

Operasi Bahagian Penguatkuasa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berjaya menahan dua warga Filipina yang menggunakan kad pengenalan palsu untuk bekerja sejak lebih 10 tahun lalu di Kota Damansara semalam.

Menurut laporan Harian Metro, Bahagian Penguatkuasa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berkata pasangan suami isteri itu dipercayai masuk ke Malaysia melalui Johor Bahru pada 2006 dan menggunakan kad pengenalan palsu berkenaan bagi tujuan mencari kerja.

Foto: Harian Metro

“Kedua-dua suspek yang berasal dari Filipina itu dipercayai membeli kad pengenalan palsu berkenaan dengan bayaran sekitar RM350 hingga RM500.
“Mereka pernah gunakannya untuk bekerja di kilang sabun di Johor dan kini sebagai pengawal keselamatan,” katanya.

Beliau berkata pasangan itu mempunyai lima orang anak yang kesemuanya memiliki kewarganegaraan Filipina dan berusia antara 18 hingga 33 tahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bahagian Penguatkuasaan juga berkata, kes tersebut akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya ke atas dua warga Filipina itu.

“Kedua-dua suspek boleh didakwa mengikut Peraturan 25 (1)(e) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990.
“Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya sekali.
“Kes terbabit akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Foto: Facebook JPN

Sementara itu, beliau turut memberitahu berhubung operasi yang dijalankan pada 6 petang itu adalah hasil risikan Bahagian Penguatkuasa JPN bagi memastikan tindakan dapat diambil terhadap individu-individu yang melakukan kesalahan melibatkan pengenalan diri.

JPN juga berkongsi satu hantaran di akaun Facebook rasminya memberitahu kepada orang ramai sekiranya mempunyai sebarang maklumat berkaitan pemalsuan atau penyalahgunaan dokumen pengenalan diri, salurkan aduan kepada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan JPN supaya tindakan selanjutnya boleh diambil.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro (Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) umum dividen 6.15 peratus untuk kedua-dua Simpanan Konvensional dan Simpanan Syariah bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025. Ketua...

Nasional

Malaysia Airlines mengesahkan dua penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Timur Tengah terpaksa berpatah balik dan dilencongkan susulan peningkatan risiko ruang udara. Syarikat penerbangan itu...

Dunia

Penutupan ruang udara di beberapa bahagian Asia Barat dijangka menjejaskan sebahagian perkhidmatan penerbangan antarabangsa, termasuk kemungkinan kelewatan, perubahan jadual, lencongan laluan dan pembatalan penerbangan....

Lokal

Jabatan Mufti Perak menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi awal mengenai penetapan tarikh 1 Syawal 1447 Hijrah. Ia susulan kekeliruan berhubung kemungkinan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd