Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bayi Enam Bulan Jadi Yatim Piatu Sekelip Mata, Ibu Bapa Maut Dalam Nahas

Seorang bayi perempuan berusia enam bulan menjadi yatim piatu dalam sekelip mata selepas ibu dan bapanya terkorban dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 54.5 Jalan Sungai Rengit–Kota Tinggi pada Ahad.

Ibu bapa bayi enam bulan maut

bayi

Foto: Media Sosial

Menurut laporan Sinar Harian, dalam insiden sekitar jam 1.30 tengah hari itu, pasangan suami isteri, Muhamad Lokmanorhakim Mokhtar, 24, dan Nur Fatihah Othman, 28, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan serius pada bahagian kepala.

Artikel lain: Bayi 11 Bulan Maut! Beli Susu Bertukar Tragedi, Kereta Terbabas Langgar Sekumpulan Lembu

Bayi mereka, Nur Layla Batrysha yang turut berada di dalam Perodua Myvi berkenaan mengalami kecederaan di kepala dan kini menerima rawatan di Hospital Kota Tinggi.

bayi

Foto: Media Sosial

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman memaklumkan nahas tersebut melibatkan sebuah Perodua Myvi, sebuah Toyota Vios dan sebuah lori sawit tanpa muatan.

“Hasil siasatan awal mendapati Perodua Myvi itu dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan lori tersebut.
“Impak perlanggaran turut menyebabkan serpihan terkena Toyota Vios yang kebetulan melalui laluan sama,” katanya.
bayi

Foto: Media Sosial

Beliau berkata, pemandu lori berusia 47 tahun mengalamai kecederaan ringan, manakala pemandu Toyota Vios berumur 46 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

bayi

Foto: Media Sosial

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Sinar Harian (Nor Azura Md Amin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

“Dia sorang je berani gigit inspektor.” Itu antara komen netizen terhadap satu video yang dimuat naik oleh wanita dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ di aplikasi...

Sosial

Seorang wanita yang mengaku sedang dalam pantang selepas bersalin menerima kecaman ramai apabila didakwa makan dan minum di siang hari pada bulan Ramadan. Menerusi...

Lokal

Perbicaraan kes perebutan harta pusaka bernilai lebih RM1.6 bilion membabitkan cucu kepada pengasas Kumpulan Genting, Lim Goh Tong, berlangsung dalam suasana tegang di mahkamah...

Sosial

Sepasang lelaki dan wanita bukan suami isteri ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dalam satu serbuan di sebuah bilik sewa di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd