Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bayi Dua Bulan Maut Selepas Dibiar Meniarap Sejam Tanpa Pengawasan

Seorang bayi perempuan berusia dua bulan disahkan maut selepas dibiarkan dalam keadaan meniarap selama satu jam tanpa pengawasan ketika di bawah jagaan pengasuh dekat sebuah taska di Seksyen 6, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh ibu kepada bayi berkenaan menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Facebooknya, @Asha Rosli, hari ini.

Difahamkan, bayi bernama Qaseh Aulia Faizul baru sahaja memasuki hari kedua dijaga oleh pengasuh di pusat jagaan berkenaan.

Bayi dua bulan maut

https://www.facebook.com/asha.rosli/posts/pfbid0258JAfJgSTjz9DFLTbsAppPVcKvnJCF9irp4D2kF3b3FKMsWzFykQNaL1Uinssno5l

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Netizen Tergamam, Bayi Dilahirkan 26 Jari Tangan & Kaki

Menceritakan kejadian, Asha memberitahu dia dan suami menghantar anak keduanya itu ke pusat jagaan dalam keadaan sihat dan ceria sebelum ke tempat kerja.

Bagaimanapun, pada jam 11 pagi pemilik taska memberitahu Aulia tidak sedarkan diri malah wajah mangsa pada ketika itu sudah pucat kebiruan dan disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital.

Asha mendakwa berkemungkinan wujud unsur kecuaian pengasuh ketika menjaga anaknya selepas memeriksa rakaman CCTV di premis berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“…(kemudiannya) hanya tangisan mengiringi empat jam kemudian. Punca kematian mungkin disebabkan kesukaran bernafas.
“Berdasarkan CCTV (kamera litar tertutup), pengasuh dipercayai meletakkan Aulia di posisi meniarap untuk satu jam tanpa pengawasan.
“Dengan keadaan dibedung, posisi badan meniarap sukar untuk aulia bernafas. Tengok CCTV, 10 minit juga Aulia struggle (susah) berjuang,” tulisnya dalam sebuah video.

Menurut laporan Harian Metro,  pengasuh berusia 40-an sudah ditahan oleh pihak berkuasa untuk dirakam keterangan bagi melengkapkan siasatan.

Malah, punca kematian Aulia masih belum diperoleh dan kes disiasat di bawah Seksyen 3 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sumber: Facebook @Asha Rosli, Harian Metro (Raja Noraina Raja Rahim)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tular di media sosial wajah Edward Wong, pelajar cemerlang STPM, yang sebelum ini menarik perhatian netizen selepas meluahkan kekecewaan kerana gagal mendapatkan kursus perakaunan...

Lokal

Hasrat seorang lelaki mengekori ambulans yang membawa neneknya ke hospital bertukar tragedi apabila kereta Perodua Bezza dipandunya melanggar lampu isyarat merah sebelum terbabit dalam...

Sosial

Tular sebuah video di media sosial yang memaparkan seorang remaja perempuan memanggil rakan sejenisnya dengan gelaran mesra seperti “sayang” dan “isteri”. Tular panggil rakan...

Sosial

Rakaman aktiviti membeli-belah di Mydin oleh pengguna TikTok @lifewith5rose menjadi tular selepas aksi suami kepada wanita itu menarik perhatian ramai. Dalam video berkenaan, si...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd