Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Permohonan Tangguh Ditolak, Pensyarah Perlu Bayar Ganti Rugi RM400,000 Kepada Hannah Yeoh

Permohonan pensyarah, Dr. Kamarul Zaman Yusoff untuk menangguhkan pembayaran ganti rugi berjumlah RM400,000 kepada Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh berhubung dua hantaran fitnah di Facebook yang dibuat lapan tahun lalu ditolak Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur, hari ini.

Perlu bayar ganti rugi RM400,000

Menurut laporan Kosmo! Online, peguamnya Mohd. Khairul Azam berkata, keputusan itu dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Avinder Singh Gill Ranjit Singh selepas meneliti hujahan daripada kedua-dua pihak.

“Pihak-pihak telah mengemukakan hujahan sama ada terdapat atau tidak keadaan istimewa untuk perintah menggantung (bayaran ganti rugi).
“Selepas mendengar hujahan daripada kedua-dua belah pihak dan membuat penilaian maksimum mahkamah mendapati tidak wujud keadaan istimewa melayakkan penggantungan diberikan,” katanya.
ganti rugi RM400,000

Foto: Bernama

Menurut Mohd. Khairul, dengan keputusan tersebut, perintah penghakiman Mahkamah Tinggi sebelum ini yang mewajibkan anak guamnya membayar ganti rugi akan terus berkuat kuasa.

Sementara itu, peguam Sangeet Kaur Deo yang mewakili Hannah mengesahkan perkara berkenaan, selain memaklumkan bahawa permohonan itu ditolak dengan kos RM2,500.

Artikel lain: Ditapis Perpustakaan Negara Malaysia, ‘Becoming Hannah’ Bukan Buku Agama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu pada 30 Mei lalu, Mahkamah Tinggi memerintahkan Dr. Kamarul Zaman membayar ganti rugi RM400,000 kepada Hannah berhubung dua hantaran fitnah yang dimuat naik lapan tahun lalu.

ganti rugi RM400,000

Foto: Bernama

Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Aliza Sulaiman selepas membenarkan saman fitnah yang difailkan Hannah, sekali gus mendapati plaintif berjaya membuktikan kesnya.

Berdasarkan saman difailkan pada 2022, Hannah mendakwa Kamarul Zaman memuat naik dua hantaran di Facebook antara 10 hingga 17 Mei 2017 yang menuduh beliau mempunyai agenda untuk menyebarkan agama Kristian melalui politik.

Dalam hantaran itu, pensyarah berkenaan turut merujuk biografi Hannah bertajuk Becoming Hannah: A Personal Journey kononnya sebagai bukti bagi memacu agenda Kristian, malah mendakwa Hannah berniat mengubah Malaysia menjadi sebuah negara Kristian.

Bagaimanapun dalam pembelaannya, Kamarul Zaman menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan kedua-dua hantarannya tidak berunsur fitnah serta mempunyai asas yang kukuh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kosmo! Online (Nuzulsham Shamsuddin)

Written By Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kadang kita lupa, kata-kata kecil boleh meninggalkan kesan besar. Semalam, satu isu tular di media sosial membabitkan seorang ‘live host’ Tiktok yang bekerja dengan...

Lokal

Kisah tular membabitkan Safiudeen Pakkeer Mohamed, (lelaki yang disiram depan bank) akhirnya menemui titik penyelesaian apabila lelaki berusia 39 tahun itu bakal pulang ke...

Sosial

Tindakan usahawan popular, Jofliam berkongsi aksi membiarkan dua orang anaknya iaitu Han dan Yuki menghasilkan contengan lukisan pada kotak piza milik pelanggan mencetuskan kemarahan...

Sosial

Tindakan personaliti media sosial, Prince Syed tampil menjelaskan detik cemas dilalui yang menunjukkan aksi aneh sehingga menjilat lantai kediamannya dalam satu siaran langsung di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd