Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Bandingkan Gred D Bersih Dengan UPSR, PAS Sifatkan Anwar Tidak Matang

PAS sifatkan jawapan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang membandingkan gred D yang diberikan Bersih terhadap kerajaan pimpinannya dengan peperiksaan UPSR sebagai tidak matang.

Naib Presiden PAS, Amar Abdullah berkata Anwar sepatutnya mengambil serius tentang perkara tersebut disamping menunjukkan komitmen untuk memperbaiki kelemahan pentadbirannya.

PAS sifatkan Anwar tidak matang

PAS Sifatkan Anwar Tidak Matang

Foto: Berita Harian

“Kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membandingkan gred D oleh  Bersih dengan peperiksaan UPSR adalah tidak matang dan tidak bertanggungjawab.
“Sebagai pemimpin tertinggi, beliau sepatutnya menerima kritikan dengan serius dan menunjukkan komitmen memperbaiki kelemahan pentadbiran,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, gred D yang diberikan oleh Bersih jelas mencerminkan kegagalan kerajaan memenuhi janji reformasi yang dijanjikan disamping sikapnya yang memperlekehkan kritikan itu hanya merosakkan kepercayaan rakyat terhadap kepimpinannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Apa yang diperlukan bukan retorik atau gurauan, tetapi tindakan nyata yang membawa perubahan,” ujarnya.

Pada Khamis, Anwar dilaporkan memperkecilkan penilaian pertengahan penggal oleh Bersih terhadap kerajaan dengan menyatakan bahawa kerajaan akan memperoleh gred A dalam peperiksaan SPM.

PAS Sifatkan Anwar Tidak Matang

Foto: Malaysia Gazette

“Tentang (penarafan) Bersih, tak apalah beri D, bukan F. Kalau UPSR D, nanti SPM esok naik A lah,” kata Anwar.

Pada masa yang sama, Amar turut mempersoalkan kenyataan Anwar yang mana 70 hingga 80 peratus daripada kos berkaitan lawatan rasmi beliau ke lima negara ditanggung oleh syarikat swasta yang menyertai rombongan tersebut.

Menurut Anwar, pendekatan itu dilaksanakan di bawah pentadbirannya bagi memastikan perbelanjaan lawatan rasmi ke luar negara diuruskan dengan cekap.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, menurut pemimpin PAS itu, tindakan menerima tajaan syarikat swasta utnuk lawatan rasmi membuka ruang kepada konflik kepentingan dan menjejaskan integriti kerajaan Madani.

“Ia juga mencetuskan persepsi bahawa keputusan kerajaan boleh dipengaruhi oleh kepentingan pihak penaja, sekali gus menghakis keyakinan rakyat.
“Lebih membimbangkan, amalan ini memberi contoh buruk kepada penjawat awam. Ia berpotensi mewujudkan budaya kronisme dan rasuah dalam pentadbiran, merosakkan kepercayaan kepada institusi kerajaan,” ujar Amar.

Semalam, ahli parlimen Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, menggesa perdana menteri mendedahkan syarikat-syarikat yang menaja lawatan tersebut.

“Perdana menteri kata 80 peratus ditanggung (pihak) swasta. Siapa dan apa kepentingan mereka? Satu lagi contoh tatakelola yang merosakkan.
“Apakah sah di sisi undang-undang?” soalnya.

Ahli Parlimen Machang itu turut mempersoalkan perbelanjaan perjalanan bekas Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, yang dilihat menemani bapanya dalam acara rasmi semasa lawatan ke luar negara.

Sumber: Malaysiakini

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang wanita yang dipercayai anak pemandu lori yang terlibat dalam insiden anak gajah mati digilis di Kilometer 80, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli pada...

Lokal

Bekas rakan kongsi yang juga bekas pengarah syarikat Richworks International Sdn. Bhd Datuk Zafrol Rizal Mat atau lebih dikenali sebagai Jerry Rizal memfailkan tuntutan...

Lokal

Seekor gajah betina dipercayai ‘mengamuk’ selepas anaknya mati dirempuh sebuah lori muatan ayam di Kilometer 80, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli, awal pagi tadi....

Bisnes

Syarikat pengeluar automotif Jepun, Nissan Motor Co, rancang buang kira-kira 20,000 pekerja di seluruh dunia, lebih dua kali ganda daripada jumlah yang diumumkan pada...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd