Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Aznil Bidin Raih Emas Pertama Malaysia, Layak Ke Glasgow 2026

Aznil Bidin Raih Emas Pertama Malaysia

Lagu Negaraku bergema megah di bumi India apabila jaguh angkat berat Malaysia, Aznil Bidin, menghadiahkan pingat emas pertama negara di Kejohanan Angkat Berat Komanwel 2025 di Ahmedabad, sebentar tadi.

Aznil, 31, yang beraksi dalam kategori baharu bawah 65 kilogram (kg), mempamerkan ketenangan luar biasa apabila berjaya mencatat 125kg dalam snatch dan 172kg dalam clean & jerk, menjadikan jumlah keseluruhan 297kg.

Wakil tuan rumah, Raja Muthupandi, meraih perak dengan jumlah angkatan 296kg, manakala gangsa dimenangi lifter dari Papua New Guinea, Morea Baru, dengan 292kg.

Aznil Bidin Raih Emas Pertama Malaysia

Kejayaan itu sekaligus membuka peluang buat Aznil untuk menjadi atlet pertama negara layak secara automatik ke Sukan Komanwel 2026 di Glasgow, selepas kategori bawah 67kg yang disertainya sebelum ini dimansuhkan Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa (IWF) Jun lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM), Datuk Ayub Rahmat, berkata kejayaan yang diraih itu membuktikan komitmen tinggi atlet negara dalam mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.


“Tahniah kepada pasukan Malaysia atas kejayaan hari ini terutama Aznil. Jika diikutkan dengan pingat emas yang diraih Aznil, sepatutnya beliau layak ke Sukan Komanwel.
“Kita akan tahu secara rasmi selepas berakhir kejohanan nanti, insya-Allah,” katanya petik Kosmo! Online.

Artikel lain: Wan Arif-Roy King Buka Dengan Langkah Kanan Kejohanan Badminton Dunia

Dalam pada itu, wakil negara lain, Aniq Kasdan, yang masih bergelut dengan kecederaan bahu, turut mempamerkan semangat juang tinggi apabila meraih pingat perak dalam kategori bawah 60kg, semalam.

Kejayaan Aznil dan Aniq menunjukkan bahawa atlet Malaysia terus bersedia menempah nama di persada antarabangsa walaupun berdepan cabaran kategori baharu dan kecederaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kosmo! Online (Muhammad Riduan Mohd Hanafiah)

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kadang kita lupa, kata-kata kecil boleh meninggalkan kesan besar. Semalam, satu isu tular di media sosial membabitkan seorang ‘live host’ Tiktok yang bekerja dengan...

Lokal

Kisah tular membabitkan Safiudeen Pakkeer Mohamed, (lelaki yang disiram depan bank) akhirnya menemui titik penyelesaian apabila lelaki berusia 39 tahun itu bakal pulang ke...

Sosial

Tindakan usahawan popular, Jofliam berkongsi aksi membiarkan dua orang anaknya iaitu Han dan Yuki menghasilkan contengan lukisan pada kotak piza milik pelanggan mencetuskan kemarahan...

Sosial

Tindakan personaliti media sosial, Prince Syed tampil menjelaskan detik cemas dilalui yang menunjukkan aksi aneh sehingga menjilat lantai kediamannya dalam satu siaran langsung di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd