Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

ATM Siap Siaga, Gerak Ke Palestin Sebagai Tentera Pengaman Selepas Peroleh Mandat

ATM Palestin

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa bersiap siaga untuk menjalankan tanggungjawab sebagai tentera pengaman ke Palestin selepas menerima mandat, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Lapor Sinar Harian, ini termasuklah persedian pasukan pengaman Batalion Malaysia (MALBATT) negara yang bertugas di bawah Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL).

“Biarpun sehingga kini tiada sebarang keputusan mengenai perkara itu daripada PBB (Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu), kita tetap bersedia. Malah, kementerian ikuti rapat perkembangan di Palestin serta bekerjasama dengan Kementerian Luar.
“Jadi, kalau kerajaan kata hantar tentera ke Palestin, kita akan ikut kerana sebarang keputusan itu bukan dalam bidang kuasa Kementerian Pertahahan. Sebaliknya tertakluk pada Kementerian Luar,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2024 bagi kementerian itu di Dewan Rakyat, hari ini.

ATM Palestin

Artikel lain: Hospital Medan Susulan Gempa Bumi, Pasukan ATM Digerak Ke Turkiye Awal Pagi Esok

ATM Palestin

Beliau akan membawa isu berkaitan Palestin pada sesi perbincangan dengan Menteri Pertahanan ASEAN pada minggu depan sebagai topik sampingan bagi mendengar suara negara-negara rantau itu berkaitan konflik berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kita nak dapatkan suara ASEAN, kerana kita ada satu pegangan iaitu ASEAN Centrality, sekiranya semua negara ASEAN bersetuju untuk kita hantar tentera ke Palestin di bawah panji PBB,” katanya lagi.

Beliau berkata, sehingga kini Malaysia sentiasa komited memberi sokongan bagi mencapai keamanan sejagat menerusi panji PBB dan ia terbukti melalui penglibatan dalam 37 misi, sama ada sebagai tentera pemerhati atau pengaman.

Mengulas cadangan menghantar tentera pengaman ke Palestin melalui Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Mohammad berkata perkara itu diserahkan untuk pertimbangan Wisma Putra memandangkan ia melibatkan negara lain.

Antaranya di Congo, Somalia, Namibia, Kemboja, Bosnia Herzegovina, Timor Leste dan yang terkini di Lubnan, malah kini ATM masih terlibat dalam lima misi antarabangsa di bawah PBB

Sumber: Sinar Harian, Kosmo! Online (Zulkifli Manzor)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pempengaruh media sosial, Aqil Zulkiflee, tampil menjelaskan hubungannya bersama isteri selepas video siaran langsung TikTok yang memaparkan beliau menyakat isterinya tular di media sosial....

Sosial

Pihak pengurusan Masjid At-Taqwa TTDI tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan dakwaan insiden layanan kasar terhadap jemaah yang tular baru-baru ini. Masjid At-Taqwa...

Nasional

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) umum dividen 6.15 peratus untuk kedua-dua Simpanan Konvensional dan Simpanan Syariah bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025. Ketua...

Nasional

Malaysia Airlines mengesahkan dua penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Timur Tengah terpaksa berpatah balik dan dilencongkan susulan peningkatan risiko ruang udara. Syarikat penerbangan itu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd