Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Mesyuarat NEC-SSN: ASEAN Tinjau Potensi Tenaga Nuklear Sebagai Sumber Tenaga Bersih, Stabil

Negara anggota ASEAN sedang meneliti prospek tenaga nuklear sebagai sumber bekalan elektrik bersih dan stabil yang berpotensi menggantikan sumber penjanaan daripada bahan api fosil bagi menyokong agenda peralihan tenaga serantau.

Menurut Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), perkara itu adalah hasil daripada Mesyuarat Nuclear Energy Cooperation Sub-Sector Network (NEC-SSN) ke-15 dan mesyuarat berkaitan yang berlangsung dari 28 hingga 30 April di Kuala Lumpur.

ASEAN Tinjau Potensi Tenaga Nuklear

ASEAN Tinjau Potensi Tenaga Nuklear

Antara perkara dibincangkan adalah cadangan bidang tumpuan bagi penggubalan strategi dan pelan tindakan yang akan dilaksanakan melalui sektor Civilan Nuclear Energy (CNE) di bawah ASEAN Plan of Action for Energy Cooperation (APAEC) 2026-2030 dan akan dibentang serta dipertimbangkan semasa ASEAN Senior Officials’ Meeting on Energy (SOME) pada Jun 2025 di Kuching, Sarawak.

“Mesyuarat juga turut memperhalusi senarai potensi aktiviti yang boleh dilaksanakan di bawah sektor CNE.
“Selain itu, aktiviti-aktiviti sektor CNE telah dibincang dan dipersetujui dalam mesyuarat ini untuk dijadikan sasaran di bawah APAEC 2026-2030,” ujar PETRA dalam sebuah kenyataan, hari ini.

Artikel lain: KETEQ AI: Sarawak Cipta Sejarah, Perkenal Peranti Penukar Kuasa Berasaskan AI Pertama Dunia

Advertisement. Scroll to continue reading.

ASEAN Tinjau Potensi Tenaga Nuklear

Difahamkan, mesyuarat anjuran PETRA dan ASEAN Centre for Energy (ACE), dipengerusikan oleh Filipina turut melibatkan anggota ASEAN secara fizikal dan dalam talian seperti  Thailand, Indonesia, Kemboja, Vietnam, Singapura dan Malaysia selaku tuan rumah, manakala Timor-Leste turut hadir sebagai pemerhati.

Dalam masa sama, perbincangan turut melibatkan kerjasama dengan beberapa Rakan Dialog dan Organisasi Antarabangsa seperti Korea Nuclear Association (KNA), ASEAN Business Council (CABC), Integrated Support Center for Nuclear Nonproliferation and Nuclear Security (ISCN), Japan Atomic Energy Agency (JAEA), serta Global Centre for Nuclear Energy Partnership (GCNEP).

Organisasi-organisasi ini berkongsi pengalaman dalam aspek pembangunan dasar, keselamatan, perundangan, literasi tenaga nuklear dan pembangunan sumber manusia yang diperlukan bagi menyokong persediaan ASEAN ke arah pengadaptasian tenaga nuklear.

Melalui kerjasama serantau ini, Malaysia dan negara-negara ASEAN menunjukkan komitmen untuk mencari penyelesaian jangka panjang terhadap cabaran tenaga, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dalam membina masa depan yang lebih mampan dan selamat untuk generasi akan datang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Keterjaminan Makanan Dan Komoditi Negeri Terengganu, Dato’ Dr Azman Ibrahim memaklumkan bahawa tiada ladang ternakan babi beroperasi...

Sosial

Permulaan tahun 2026 dilihat kurang baik bagi usahawan terkenal, Ojen Aiwah apabila sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap jurulatih kecergasan, Tareq Fit susulan kenyataan yang...

Sosial

Personaliti media sosial, Tareq Fit, tampil mempertahankan dirinya selepas timbul dakwaan bahawa kenyataan serta kandungan dimuat naik olehnya menjejaskan nama baik sebuah perniagaan milik...

Lokal

Sekolah Kebangsaan (SK) Tebing Rebak di sini menyaksikan hanya seorang murid mendaftar bagi sesi Tahun 1 tahun 2026 semalam. Raissyah Aafiyah Rahmat, 7, memulakan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd