Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Apple Store Pertama Di Malaysia Dibuka 22 Jun Ini

Syarikat teknologi komputer terkemuka Apple Inc mengesahkan kedai rasmi secara fizikal, Apple Store yang pertama di Malaysia akan dibuka di TRX Exchange Mall pada 22 Jun ini.

Memetik laporan New Straits Times, sebuah bangunan unik yang berbentuk segi empat dan dipagar dikatakan bakal menjadi Apple Store pertama Malaysia.

Apple Store pertama di Malaysia akan dibuka pada 22 Jun

Walaupun Pengedar Premium Apple (APR) seperti Machines dan Switch sudah ada di Malaysia, Apple Store yang bakal dibuka ini menawarkan konsep dan pengalaman yang berbeza buat pelanggan.

Selain saiz kedai yang berbeza, APR tidak menyediakan beberapa bahagian dan aktiviti yang ditawarkan Apple Store, contohnya sesi pembelajaran percuma yang diketuai pakar Apple dalam ‘Today at Apple’.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sesi pembelajaran ini akan merangkumi pelbagai topik seperti fotografi, seni dan reka bentuk, pengekodan, video, muzik, kebolehcapaian, perniagaan dan pendidikan.

Selain itu, Apple Store juga menyediakan Genius Bar di mana pengguna boleh mendapatkan perkhidmatan dan sokongan pakar berkenaan peranti mereka.

Ada juga sesi ‘one to one’ secara langsung untuk membantu pelanggannya menyediakan peranti mereka agar siap untuk digunakan.

Kakitangan Apple akan memberi tunjuk ajar kepada pengguna cara untuk memanfaatkan produk mereka dan berkongsi tips mengenai peranti.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sekadar info, Apple telah membuka tiga kedai rasminya di Singapura manakala dua di Thailand dan ini bakal menjadi yang keenam di rantau ini.

Sumber: New Straits Times (Izwan Ismail)

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Hasrat sepasang suami isteri untuk menyambut kelahiran anak sulung bertukar duka apabila bayi yang dikandung meninggal dunia selepas dilahirkan dalam keadaan songsang di kediaman...

Sosial

Seorang pemuda tampil memohon maaf selepas didakwa memperlekeh guru, dengan mengatakan dirinya belum pernah melihat profesion tersebut menggunakan kereta mewah Lamborghini meskipun sering menekankan...

Lokal

Ketika ini sedang berlangsung musim istiadat konvokesyen di seluruh negara, iaitu saat yang dinanti-nantikan oleh ribuan graduan selepas bertahun-tahun berhempas pulas menamatkan pengajian. Namun,...

Lokal

Seorang lelaki berusia 40 tahun, Mohamed Badruldin Mohamed, dijatuhi hukuman penjara 30 tahun dan 13 sebatan oleh Mahkamah Tinggi pada Jumaat selepas mengaku bersalah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd