Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) memandang serius insiden berhubung cara pemanduan seorang pemandu bas ekspres yang didakwa memandu secara berbahaya di lorong sebelah kanan sehingga membahayakan keselamatan pengguna jalan raya.
APAD gantung lesen syarikat

Foto: Berita Harian
Hasil siasatan awal, APAD telah mengenal pasti bas dengan nombor pendaftaran ALA 6666 itu dimiliki oleh syarikat Star Mart Ekspress Sdn Bhd. selaku pemegang Lesen Pengendali Kenderaan Perkhidmatan Awam, dan dipercayai
syarikat ini gagal mematuhi beberapa peraturan jalan raya.
“Syarikat itu melanggar peraturan di bawah Seksyen 22(1)(b)(iii), Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 [Akta 715] iaitu berhubung kelakuan pemandu dan konduktor kenderaan perkhidmatan awam.
“Bukan itu sahaja ia turut melakukan kesalahan bawah Seksyen 23(1)(b) iaitu “kegagalan pengendali berlesen dan pekerjanya memberikan keutamaan tertinggi kepada keselamatan penumpang dan pengguna jalan raya.
“Ia juga melanggar Perkara 7, Syarat Am Keperluan Tahap Perkhidmatan (KTP) iaitu “pengendali berlesen bertanggungjawab memastikan pekerja dan pemandu menjaga tingkah laku semasa beroperasi,” kata APAD dalam satu kenyataan, hari ini.

Foto: Kosmo
Sehubungan itu, mengikut Seksyen 27 Akta 715, APAD telah memutuskan untuk menggantung Lesen Pengendali No. 198801003442 (BE) selama 30 hari, berkuat kuasa mulai 3 Julai 2025 hingga 1 Ogos 2025 melalui Notis bertarikh
20 Jun 2025 dan pembatalan Permit Kenderaan ALA 6666 akan berkuat kuasa pada 7 Ogos 2025.
Dalam pada itu, APAD menegaskan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana syarikat atau pemegang lesen yang melanggar peraturan atau undang-undang yang sedang berkuat kuasa.
Untuk info, Seksyen 27 Akta 715 memperuntukkan tindakan penggantungan atau pembatalan lesen sekiranya berlaku pelanggaran terhadap manamana syarat Lesen Pengendali.
Artikel lain: JPJ Ambil Tindakan, Saman Dua Pemandu Bas Tular Di TikTok
Terdahulu, tular video pemandu bas ekspres memandu secara berbahaya di lorong kanan lebuh raya hingga boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya lain.
Sumber: dmedia
