Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Nahas Ragut Nyawa Bayi Di Tol Kajang, APAD Batal Lesen Syarikat Lori Terlibat

 APAD iaitu Agensi Pengangkutan Awam Darat bertindak tegas membatalkan serta-merta lesen pengendali milik syarikat lori LDT Metal Trading susulan kemalangan maut membabitkan empat kenderaan di Plaza Tol Bukit Kajang, Sabtu lalu.

Menurut laporan Sinar Harian, insiden tragik itu meragut nyawa seorang bayi lelaki berusia 12 bulan, selain mencederakan tujuh yang lain.

apad

Dalam kenyataan hari ini, APAD memaklumkan syarikat tersebut tidak lagi dibenarkan mengendalikan mana-mana kenderaan di bawah lesen berkenaan selepas didapati gagal memastikan pemasangan Sistem Kedudukan Sejagat (GPS) pada lori perdagangan serta mengabaikan aspek keselamatan jalan raya.

Artikel lain: Nahas Tol Kajang : Tiada Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak Antara Punca Bayi Tercampak Keluar

Advertisement. Scroll to continue reading.
“APAD memandang serius insiden ini yang mengorbankan seorang bayi dan mencederakan tujuh individu lain. Hasil siasatan mendapati syarikat terbabit cuai dalam pematuhan syarat lesen dan gagal mengutamakan keselamatan pengguna jalan raya.
Justeru, selaras dengan Seksyen 62 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715), lesen pengendali mereka dibatalkan berkuat kuasa 2 Oktober,” jelas katanya.

Kemalangan kira-kira jam 10.50 pagi Sabtu lalu dipercayai berpunca daripada masalah brek lori tiga tan yang membawa muatan barangan lusuh.

apad

Pemandu berusia 42 tahun turut mengaku melompat keluar dari kenderaan sebelum rempuhan berlaku. Nahas itu turut melibatkan sebuah Nissan X-Trail milik Jabatan Kerja Raya (JKR), Honda City dan Proton X70.

APAD dalam pada itu mengingatkan semua pengendali berlesen agar sentiasa mematuhi syarat lesen yang ditetapkan bagi mengelakkan tindakan pembatalan.

“APAD tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pemanduan berbahaya yang boleh mengundang kemalangan dan mengancam keselamatan awam.
Kami kekal komited mewujudkan ekosistem pengangkutan awam darat yang holistik, selamat, cekap serta selaras dengan nilai teras Malaysia MADANI iaitu Kesejahteraan dan Ihsan,” ujarnya.

Sumber: Berita Harian (Suzalina Halid)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pempengaruh media sosial, Aqil Zulkiflee, tampil menjelaskan hubungannya bersama isteri selepas video siaran langsung TikTok yang memaparkan beliau menyakat isterinya tular di media sosial....

Sosial

Pihak pengurusan Masjid At-Taqwa TTDI tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan dakwaan insiden layanan kasar terhadap jemaah yang tular baru-baru ini. Masjid At-Taqwa...

Sosial

Tindakan pempengaruh dan usahawan terkenal, Faiz Soul menjual donat seketul dengan harga RM10 kini mencetuskan perdebatan hangat di kalangan netizen. Donat kosong seperti didakwa...

Sosial

Seorang sami Hindu, Sai, bersama beberapa aktivis daripada pelbagai kaum telah menyertai gotong-royong bersihkan kuil haram yang dibina tanpa kebenaran di negara ini, menekankan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd