“Dia sorang je berani gigit inspektor.”
Itu antara komen netizen terhadap satu video yang dimuat naik oleh wanita dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ di aplikasi TikTok, baru-baru ini.
Menerusi video itu, Sheila atau nama penuhnya Sheila Sharon Steven Kumar dilihat sedang duduk santai bersama teman lelakinya yang dikenali sebagai Faizal ketika berbuka puasa di sebuah restoran, pada Ramadan pertama.
Bagaimanapun, perhatian warganet lebih tertumpu kepada kesan kemerahan yang jelas kelihatan pada bahagian hadapan leher wanita itu sehingga mencetuskan pelbagai persoalan dalam kalangan pengguna media sosial.
Rata-rata netizen meninggalkan komen bersifat berseloroh dan spekulatif mengenai kesan berkenaan
Antara komen ditinggalkan termasuklah, “Apa merah-merah tu”, selain ada yang berseloroh, “Kak tolong jangan ganas-ganas sangat dengan adik tu ye, kesian dia nanti trauma,” serta “Maaf saya terbayang lelaki tu kena paksa, ‘dah minta izin saya ke nak gigit saya ni’.”
Setakat ini, Sheila tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung spekulasi yang timbul di ruangan komen tersebut.
Terdahulu, nama Sheila menjadi perhatian umum selepas dia didakwa membuat kekecohan di kawasan Batu Caves dengan melakukan provokasi serta mengganggu tugas penjawat awam sempena sambutan Hari Thaipusam.
Sejak itu, namanya sering dikaitkan dengan beberapa siri kontroversi menerusi video tular di media sosial yang mengundang pelbagai reaksi masyarakat.








































