Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Air Mani Di Dubur Bayi Lelaki 9 Bulan, Suami Pengasuh Dipenjara 30 Tahun

Seorang lelaki berusia 40 tahun, Mohamed Badruldin Mohamed, dijatuhi hukuman penjara 30 tahun dan 13 sebatan oleh Mahkamah Tinggi pada Jumaat selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan membunuh dan meliwat seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan.

Bayi sembilan bulan maut diliwat

Menurut laporan Sinar Harian, pengakuan tertuduh dibuat ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Aslam Zainuddin.

bayi

Kes ini telah berlarutan sejak 2021 dan hanya selesai selepas pihak pembelaan memaklumkan tertuduh menukar pengakuan.

Bagi pertuduhan meliwat, mahkamah menjatuhkan hukuman 10 tahun penjara dan satu sebatan, manakala bagi kes membunuh, hukuman penjara 30 tahun dan 12 sebatan dikenakan. Kedua-dua hukuman dijalankan serentak bermula tarikh tangkapan, 29 April 2021.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Laporan forensik mendapati DNA dan kesan air mani milik tertuduh di bahagian dubur dan usus besar mangsa.

Artikel lain: Bayi 11 Bulan Maut! Beli Susu Bertukar Tragedi, Kereta Terbabas Langgar Sekumpulan Lembu

Dr Rohayu Shahar Adnan, Pakar Perunding Forensik Hospital Sungai Buloh, mengesahkan wujud kecederaan akibat objek tumpul, luka koyak dan lebam yang selaras dengan penderaan seksual.

Bedah siasat turut menyimpulkan punca kematian bayi adalah akibat ‘smothering’, iaitu mangsa lemas akibat tindakan tertuduh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada hari kejadian, pengasuh bayi, Norhidayah Ab Hamid menghubungi ibu mangsa, Robiatul’ Adawiah Aziz, memaklumkan anaknya tidak sedarkan diri.

Bayi berkenaan dibawa segera ke Hospital Sungai Buloh, di mana pasukan perubatan menjalankan CPR, memasang tiub bantuan pernafasan dan memberikan ubat untuk menstabilkan keadaan.

Namun, bayi itu disahkan meninggal dunia pada 28 April 2021, kira-kira tengah hari.

bayi

Foto: Sinar Harian

Kejadian dipercayai berlaku di sebuah unit rumah di Projek Perumahan Rakyat Lembah Subang antara jam 8 pagi hingga 3.30 petang, 27 April 2021.

Kes bunuh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, manakala kes persetubuhan luar tabii di bawah Seksyen 377C.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Timbalan Pendakwa Raya, Shahrul Ekhsan Hasim, menegaskan bahawa tindakan tertuduh terhadap bayi yang tidak berdaya wajar dikenakan hukuman berat kerana melibatkan unsur penderaan yang teruk.

Kes ini pertama kali dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 12 Mei 2021 sebelum dibawa ke Mahkamah Tinggi.

Sumber: Sinar Harian (Noor Azlida Alimin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Keterjaminan Makanan Dan Komoditi Negeri Terengganu, Dato’ Dr Azman Ibrahim memaklumkan bahawa tiada ladang ternakan babi beroperasi...

Sosial

Personaliti media sosial, Tareq Fit, tampil mempertahankan dirinya selepas timbul dakwaan bahawa kenyataan serta kandungan dimuat naik olehnya menjejaskan nama baik sebuah perniagaan milik...

Sosial

Permulaan tahun 2026 dilihat kurang baik bagi usahawan terkenal, Ojen Aiwah apabila sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap jurulatih kecergasan, Tareq Fit susulan kenyataan yang...

Lokal

Sekolah Kebangsaan (SK) Tebing Rebak di sini menyaksikan hanya seorang murid mendaftar bagi sesi Tahun 1 tahun 2026 semalam. Raissyah Aafiyah Rahmat, 7, memulakan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd