Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Sempena Tahun Baharu Cina & Aidilfitri, Air Asia Tawar Tambang Tetap Ke Sabah & Sarawak

AirAsia menawarkan tiket penerbangan tambang tetap dari Kuala Lumpur ke Sarawak pada kadar RM328 dan RM398 ke Sabah bagi laluan sehala, sempena perayaan Tahun Baharu Cina serta Aidilfitri.

Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook, ketika mengumumkan perkara itu berkata inisiatif berkenaan bagi memastikan rakyat Malaysia dapat pulang ke kampung halaman dengan tambang mampu milik semasa musim perayaan, sekali gus menjadikan perjalanan udara lebih mudah diakses ramai orang.

Air Asia tawar tambang tetap

Air Asia tawar tambang tetap

“Saya gembira melihat peranan berterusan AirAsia dalam menyokong usaha kerajaan menguruskan permintaan perjalanan semasa musim perayaan melalui inisiatif seperti tambang tetap yang memberikan keyakinan kepada lebih ramai pengembara ketika merancang perjalanan pulang mereka, terutama bagi mereka yang melakukan perjalanan antara Kuala Lumpur dan Sabah serta Sarawak.
“Tambang tetap ini bertujuan memberi kepastian kepada rakyat Malaysia ketika merancang perjalanan sempena perayaan dan menyokong penyatuan keluarga sempena sambutan hari yang amat bermakna,” katanya ketika berucap pada Majlis Pengumuman Tambang Tetap AirAsia di sini.

Sepanjang tempoh perayaan Tahun Baharu Cina dan Aidilfitri, inisiatif tambang tetap itu akan menawarkan 1,578 penerbangan secara keseluruhan dengan lebih 31,000 tempat duduk.

Tempahan tiket bagi sambutan Tahun Baharu Cina dibuka mulai hari ini hingga 24 Feb untuk perjalanan antara 13 hingga 24 Feb, manakala tempahan bagi Aidilfitri dibuka mulai hari ini hingga 26 Mac bagi perjalanan antara 18 hingga 26 Mac depan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Sempena PRN Sabah, Air Asia Tawar Promosi Tambang Tetap RM299 Sehala

Air Asia tawar tambang tetap

Loke berkata, kerajaan kekal komited menyokong pelajar melalui program baucar FLYSiswa bernilai RM400, yang akan diteruskan tahun ini bagi membantu meringankan kos perjalanan mereka yang berulang-alik antara Kuala Lumpur dan Malaysia Timur.

“Inisiatif FLYSiswa untuk tahun ini akan dilaksanakan minggu depan,” katanya.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Fareh Mazputra dan Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia, Norazman Mahmud.

Semalam, Kementerian Pengangkutan memaklumkan akan menganjurkan Karnival FLYSiswa 2026 di Dewan Besar Pusat Kebudayaan dan Kesenian Universiti Putra Malaysia dari 9 pagi hingga 4 petang 13 Jan ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut Kementerian Pengangkutan, pelajar yang layak akan menerima baucar digital RM400 dalam bentuk kredit simpanan untuk pembelian tiket penerbangan kelas ekonomi sehala atau dua hala dengan Malaysia Airlines, AirAsia, Batik Air, Firefly serta MASwings.

Sumber: Bernama

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

85% libat rakyat tempatan! Data terkini Kementerian Kesihatan menunjukkan 85 peratus kes tuberkulosis (tibi) di negara ini melibatkan rakyat tempatan, manakala hanya 15 peratus...

Lokal

Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) melaksanakan operasi penguatkuasaan dikenali sebagai Operasi Penguatkuasaan Hutan Bersepadu (Ops Risi) di Hutan Simpan Kapar Tambahan, Kuala Selangor bagi...

Lokal

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menjalankan tindakan sitaan terhadap penjaja air balang di sekitar Dataran Merdeka pada Sabtu lalu. Dalam satu kenyataan hari...

Lokal

Pengurusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengesahkan akan mengadakan perjumpaan bersama pihak Multiracial Reverted Muslims (MRM) bagi membincangkan penyelesaian jangka panjang, susulan tindakan penguatkuasaan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd