Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

AIM Catat Peratus Bayaran Balik Pinjaman Terbaik Pada Kadar 99.91% – KUSKOP

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) memuji pengurusan AIM yang catat peratus bayaran balik pinjaman terbaik iaitu pada kadar 99.91%.

Timbalan menterinya Datuk R Ramanan berkata, beliau bangga dengan pencapaian Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang telah membantu ramai golongan wanita menjadi usahawan.

AIM catat peratus bayaran balik pinjaman terbaik!

Pada masa sama, Ramanan meminta AIM membantu kerajaan dalam usaha memastikan lebih banyak golongan miskin dapat dikenal pasti sekali gus dibantu melalui kepakaran khususnya dalam usaha membasmi kemiskinan.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sesi lawatan kerja dan taklimat operasi AIM, di Ibu Pejabat AIM, Bandar Sri Damansara hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hadir sama Pengerusi Lembaga AIM, Datuk Seri Dr Syed Hussian Syed Junid; Pengarah Urusan AIM, Shamir Aziz serta pengurusan kanan AIM.

Artikel lain: KUSKOP Lancar Strategik Tahun 2024, Sasar Tiga Objektif Pacu Ekonomi Usahawan MADANI

Tambah Ramanan, AIM wajar dicontohi agensi-agensi lain di bawah KUSKOP selain bukan hanya sebagai agensi penyedia pembiayaan mikro, ia juga ibarat sebuah keluarga besar yang begitu dekat serta akrab dengan Sahabat Usahawan.

Untuk rekod, AIM telah berjaya membantu ramai Sahabat Usahawan AIM dan golongan miskin dengan menyediakan pembiayaan kredit mikro.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sehingga kini, seramai 322,733 Sahabat Usahawan AIM mengusahakan pelbagai kegiatan ekonomi dari seluruh Malaysia. dimana 6,404 daripadanya adalah berbangsa India.

Tahun lalu, AIM telah meluluskan sebanyak RM2.57 bilion pembiayaan, dengan bilangan peminjam semasa sebanyak 322,733 serta mencatatkan Non Performing Loan pada kadar 0.09%.

Manakala sejak ditubuhkan pada tahun 1987, AIM telah meluluskan sebanyak RM32.52 bilion dengan jumlah pinjaman (kumulatif) sebanyak 968,321.

Ia juga telah mencatatkan jumlah jangkauan isi rumah yang dibantu untuk keluar dari garis kemiskinan sebanyak 3,783,284.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kadang kita lupa, kata-kata kecil boleh meninggalkan kesan besar. Semalam, satu isu tular di media sosial membabitkan seorang ‘live host’ Tiktok yang bekerja dengan...

Lokal

Kisah tular membabitkan Safiudeen Pakkeer Mohamed, (lelaki yang disiram depan bank) akhirnya menemui titik penyelesaian apabila lelaki berusia 39 tahun itu bakal pulang ke...

Sosial

Tindakan usahawan popular, Jofliam berkongsi aksi membiarkan dua orang anaknya iaitu Han dan Yuki menghasilkan contengan lukisan pada kotak piza milik pelanggan mencetuskan kemarahan...

Sosial

Tindakan personaliti media sosial, Prince Syed tampil menjelaskan detik cemas dilalui yang menunjukkan aksi aneh sehingga menjilat lantai kediamannya dalam satu siaran langsung di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd