Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Adele Sudah Jatuh Tersungkur! Lisa Blackpink Pula Kuasai Carta iTunes

Bintang terkenal Korea Selatan, Lisa Blackpink mencipta sejarah tersendiri apabila debut solonya yang berjudul Lalisa telah berjaya menawan carta iTunes sekaligus mengetepikan penyanyi Adele.

Pelancaran lagunya itu pada tahun lalu telah membuatkan Lalisa menduduki tempat pertama dalam iTunes menerusi kategori carta lagu top di Kyrgyzstan.

Susulan itu, Lisa telah menjadi artis wanita pertama yang menguasai tangga nombor satu dalam carta iTunes di 103 wilayah berbeza di seluruh dunia. Secara tidak langsung, ia telah melonjakkan lagi nama penyanyi kelahiran Thailand tersebut dalam industri hiburan.

Sebelum ini, penyanyi popular Adele yang mengungguli carta pertama di iTunes di 102 wilayah berbeza menerusi lagu Hello dan Easy On Me.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun begitu, takhta tersebut telah dirampas oleh Lisa dan pencapaiannya itu sangat menakjubkan sebagai penyanyi yang baru sahaja berusia 25 tahun.

Sumber: Kosmo (Nur Al- Fairuza Syarfa Nor Saidi)

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tular di media sosial, seorang wanita membuat teguran secara terbuka terhadap pasangan yang didakwa sebagai kekasih di sebuah restoran makanan ringan di Setiawangsa. Menerusi...

Lokal

Tular di media sosial apabila seorang suami terkejut mendakwa terpaksa berkongsi kasih dengan lelaki lain apabila mengetahui dirinya telah dimadukan. Kejadian yang berlaku di...

Sosial

Tular kisah seorang lelaki dikenali sebagai Syed yang mendakwa dirinya ditipu selepas berkahwin dengan wanita bergelar isteri orang.Namun kini, suami pertama wanita terbabit, Baki,...

Lokal

Tular di media sosial, sebuah video memaparkan seorang pegawai polis yang dikenali sebagai Inspektor Sheila didakwa menimbulkan kekecohan di sebuah gerai makan yang terletak...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd