Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Minat Dunia Motor! Abang Nafi Arwah Adik Minah Rempit, Dedah Suka Sedekah Subuh

Abang Nafi Arwah Adik Minah Rempit

Adik kepada Roslinawati Ramli, 33, atau lebih dikenali sebagai Eyna Lee, menegaskan kakaknya itu bukanlah seorang ‘minah rempit’ seperti yang didakwa sesetengah pihak susulan tragedi maut di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), Jumaat lalu.

“Sejak remaja adik meminati aktiviti pemotoran sebagai hobinya dan mendapat sokongan keluarga dengan aspek keselamatan menjadi keutamaan,” kata Emey Lee, 45.

Eyna Lee maut selepas motosikal Yamaha RXZ ditungganginya terbabas di Kilometer 394 lebuh raya itu menghala ke Kuala Terengganu.

Menurut Emey, perjalanan ke program RXZ Members 7.0 dari Simpang Renggam, Johor turut disertai suaminya, Mohd Nor Mustapa, 34, bersama dua anak mereka, Alyssa Sofea, 4, dan Alyssa Waheeda, 6, selain ibu bapa mentua serta ahli keluarga lain.

“Adik saya bukan minah rempit seperti yang ramai katakan dan tidak timbul istilah tinggal suami kerana nak pergi ke RXZ Members 7.0.
“Arwah adik memang meminati aktiviti permotoran dan tidak pernah terlepas ke sana dan turut memiliki RXZ sendiri yang dibeli sejak usia 21 tahun, ketika kejadian dia menggunakan RXZ milik suaminya,” katanya lagi.

Abang Nafi Arwah Adik Minah Rempit

Tambahnya lagi, setiap kali ke program seumpama itu, arwah pasti ditemani ahli keluarga bagi memastikan aspek keselamatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sedih memang sedih dengan kehilangan adik namun kami sekeluarga reda dengan ujian ini,” jelasnya yang kali terakhir bertemu arwah pada 29 Julai lalu di Felda Tementi.

Roslinawati selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Tementi kira-kira jam 2.45 pagi.

Mengakui terkejut dengan kehadiran orang ramai di majlis pengebumian, Emey menyifatkan arwah yang juga anak keenam daripada tujuh beradik itu seorang ceria, peramah, pemurah dan suka membantu orang lain.

“Satu lagi sikap adik, suka bersedekah terutamanya sedekah Subuh,” ujarnya.

Artikel lain: Hasrat Pekerja Ladang Sertai Himpunan RXZ 7.0 Tak Kesampaian, Kaki Kiri Putus Digilis Lori

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintenden Sharudin Abdul Wahab berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12 tengah hari ketika mangsa menunggang motosikal di lokasi berkenaan.

Apabila sampai di lokasi kejadian, mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terjatuh di atas jalan raya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

Sumber: Sinar Harian (Rosilawati Rosedi)

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Nama peguam keluarga Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, Hamid Ismail mula jadi perhatian umum sejak kebelakangan ini. Bukan sahaja kerana peranan besarnya dalam kes sensasi...

Sosial

Baru-baru ini, sebuah pejabat kerajaan di Putrajaya dikecohkan dengan kejadian gangguan entiti seram yang tular di media sosial. Rakaman video dan gambar yang dikongsi...

Lokal

“Dia memang seorang adik yang baik. Walaupun bongsu daripada 15 beradik, dia sanggup bekerja siang malam demi menyara keluarga.” Itu luahan abang kepada Zulazren...

Sosial

Seorang bayi perempuan yang baru berusia 10 hari diberi nama sama seperti pelajar Tingkatan Szatu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang meninggal dunia pada 17...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd