Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Thailand Kini Bergelar Syurga Ganja Di Asia Tenggara

Di negara ini, penanaman pokok ganja adalah tidak dibenarkan sama sekali melainkan mendapat kebenaran daripada Menteri Kesihatan yang bertujuan untuk perubatan dan juga kajian.

Berbeza di Thailand, baru-baru ini negara itu telah melakukan jual beli pokok ganja di premis malah terbuka di tepi jalan secara berleluasa sejak kerajaan mereka membenarkan penanaman di rumah sendiri.

Hal ini telah mencetuskan kebimbangan beberapa pihak kerana rakyat akan mudah untuk mendapati pokok ganja tersebut memandangkan Thailand hanya sempadan di negara ini.

Menurut pendedahan yang dilakukan seorang warga Thailand, dia mengatakan sudah menjual pokok ganja lebih sebulan lalu dan mempunyai sebuah ladang pokok ganja berhampiran dengan bandar Hatyai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya, setiap pokok dijual pada harga 20 hingga 100 baht (RM2.50 sehingga RM12.00) mengikut kematangan pokok tersebut.

“Bagaimanapun, setakat ini belum ada rakyat Malaysia yang beli pokok mahupun benih ganja daripada saya, tetapi ada yang datang dan bertanyakan tentang pokok-pokok ini serta cara penjagaannya,” katanya.

Tambahnya lagi, rata-rata penduduk tempatan membeli pokok itu untuk ditanam dirumah mereka dan lelaki itu memaklumkan dalam masa sehari dia dapat menjual lebih 30 pokok.

Selain ganja, daun ketum turut dijadikan sebagai produk jualannya yang dipasarkan pada harga RM33.00 bagi setiap satu kilogram.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, undang-undang telah menetapkan ekstrak ganja tidak boleh melebihi  0.2 peratus tetrahydrocannabinol (THC) untuk digunakan.

Susulan daripada perkara ini, orang ramai berharap pihak berkuasa lebih mengetatkan kawalan serta pemantauan di sempadan negara sama ada di darat mahupun di laut Malaysia-Thailand terutamanya ‘laluan tikus’ yang menjadi pilihan pihak yang tidak bertanggungjawab.

Tindakan Thailand yang membenarkan penanaman pokok ganja dalam kalangan rakyatnya telah menjadikan negara gajah putih itu sebagai negara Asia pertama menghapuskan ganja dari senarai narkotiknya.

Sumber: Kosmo

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By Nur Ain

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bermula Jumaat tahun depan, pemakaian baju kurung dan baju Melayu teluk belanga bersama Kain Benang Johor oleh penjawat awam sebagai baju kerja akan dilaksanakan....

Lokal

Setelah lebih lapan tahun, saluran Astro Warna secara rasmi tamat siaran pada tengah malam 3 Disember dan dikatakan bakal beralih ke saluran Astro Prima....

Kolumnis

Kita mesti sentiasa berpesan bahawa integriti bukanlah sekadar nilai tambahan. Sebaliknya tiang seri yang menentukan kestabilan dan kelangsungan sesebuah negara. Apa jua bentuk korupsi,...

Lokal

Polis sahkan pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) UiTM, Muhammad Amir Rusyaidi Muhammad Zaidi yang meninggal dunia ketika menjalani latihan pada 13 November lalu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd