Pasangan selebriti Indonesia terkenal, Ria Ricis dan Teuku Ryan antara artis yang kerap berkongsi perkembangan mengenai keluarga mereka di media sosial sehingga berjaya meraih perhatian ramai.
Namun begitu, baru-baru ini, tular pula khabar angin yang mendakwa hubungan mereka mempunyai masalah apabila Ria Ricis hanya bercuti bersama anak sulungnya sahaja.
Mana tidaknya, ketiadaan gambar suaminya di laman sosial telah mencetuskan kerisauan peminat dan secara tidak langsung telah mengundang spekulasi rumah tangga mereka sedang berantakan.
Khabar angin tersebut menjadi lebih kuat apabila Ryan dilihat kurang berkongsi gambar mesra bersama isterinya di media sosial seperti sebelum ini.
Malah, Ria juga ada memuat naik gambar yang memaparkan matanya bengkak dengan kapsyen ‘yang faham komen di bawah’ telah membuatkan ramai peminatnya bimbang.
Bagaimanapun, sejauh mana khabar angin tersebut masih tidak dapat dipastikan memandangkan kedua-dua selebriti tersebut masih mengunci mulut.
Sumber: Kosmo (Lia Othman)